↧
PETIKAN DARI "BAPAK" (6)
↧
HERO (BAPAK)
Salah satu dari banyak denai untuk mengenali diri adalah dengan menemui-semula adiwira yang paling dekat dengan kita. Berapa kalikah kita diselamatkan oleh suara kesedaran dalam diri? Ia tidak hadir dalam bentuk Superman, Spiderman atau Batman atau Avengers, atau Transformers. Malah, ia menyelamatkan kita yang sering tertidur dan lupa ini tanpa diberi sebarang kredit, pengiktirafan dan pujian pun. Suara itu telah ditanam dalam diri saya oleh bapak, yang walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan dan kekurangan diri, tidak pernah gagal untuk memperkayakan saya dengan semangat dan cinta terhadap pengajaran dan pembelajaran, terhadap pendakian kerohanian dan mencapai kebenaran tinggi. Pemacunya adalah kasih tak bersyarat, ikhlas, sabar dan yakin tak berbelah bagi. Saya membawa 'warisan' dia ini ke mana saja saya pergi, walaupun adakalanya lupa (diri). Saya tidak dapat membayar-kembali hutang saya kepada dia. Saya bayar dengan doa.
One of the paths to know oneself is to discover the hero closest to us. How many times in our life that we have been saved by a voice of conscience? It doesn't come in a form of Superman, Spiderman or Batman or Avengers or Transformers. In fact, it saves us who are often forgetful, without any credit, acknowledgement and praises. Mine was embedded by my father, who despite so many odds and obstacles, and his own inadequacy, has never failed to enriched me with his passion in teaching and learning, in spirituality and in attaining higher truth. The driving energies are unconditional love, sincerity, patience and undivided believe. I carry his 'legacy' wherever I go, even though sometimes I forget. I can never pay back my debt to him. I pay with my prayers.
↧
↧
MENJEJAK-SEMULA DENAI AWAL 'HERO'
Kasih tak bersyarat adalah wasiat, warisan dan pusaka peninggalan yang semakin haus dicuri hari, sunyi dihakis lupa. Saya sedang bergelut dengan tema ini untuk projek video pendek "Hero" yang kini sedang diusahakan dgn rakan saya Anderson Ee.
"Getaran Jiwa..." adalah antara denai awal yang mengizinkan saya meneroka tema yang sama, dalam bentuk teater muzikal multi-media.
Penjaga Cahaya (PC) masuk dari bilik pengurus membawa lilin menuju ke pentas. Sampai di pentas PC bermonolog dalam pelbagai gaya dan watak yang pernah dimainkan oleh P.Ramlee dalam filem-filemnya, sambil menyalakan sebatang lilin
Penjaga Cahaya:
Yang ‘ada’ itu bergetar. Yang bergetar itu sedar. Yang sedar itu bergetar (menggengam tangan ibarat penumbuk sambil menumbuk dada mengikut ritma degup jantung). Getar….jiwa. (melagukan getaran jiwa sambil tangan terus menumbuk dada).
Yang dilanda itu adalah hati. Pada hati, ada cahaya (melihat lilin). Pancarannya jatuh pada pentas (melihat ke lantai) dan tabir (melihat ke tabir pentas) menjadi bayang. Kerana ada cahaya, wujud bayang. Tempat jatuh! dan bermainnya bayang adalah lautan ujian. Tabirnya…….berlapis-lapis. Mesti diselak, mesti dibuka. Kerana ada dilihat dalam melihat, ada ditonton (melihat penonton) dalam menonton, ada disaksi dalam menyaksi, ada aku dalam kamu, ada kamu dalam aku, ada ada dalam tiada.
(Melihat lilin) Yang dicari itu cahaya, bukannya bayang di atas pentas, atau bayang yang jatuh di atas tabir. Bukannya bayang. Bayang memang gelap dan banyak, tapi cahaya hanya Satu….. Hanya satu (melihat dan menggenggam lilin). ………….
Ada cahaya singgah hati, ada hati yang dilanda getaran, ada getaran kerana sedar(kembali menumbuk dada), ada jiwa kerana sedar, ada sedar yang meng’ada’kan aku, dalam kamu, kamu dalam aku. (geleng-geleng kepala seperti tidak faham dan bingung)
(Melihat ke atas, arah control room) Sudin!....Satar!....Ramlee! (dalam loghat Jawa persis Wak dalam filem Pendekar Bujang Lapuk) hari sudah mau hujan……selak ini tabir, buka ini pentas! Kita mahu main bayang!
Sekuen Pembuka
VO Dialog S.Shamsuddin dan Aziz Sattar, buka pintu gua (dari filem 'Ali Baba Bujang Lapuk")
Muzik pembuka filem Melayu lama
Tirai buka
P.Ramlee atas skrin besar menyambut penonton dan mengumumkan persembahan akan bermula
Seperti dalam “Ragam P.Ramlee” diikuti oleh dubbing
Selamat datang ke sebuah persembahan teater muzikal multimedia berjudul “Getaran Jiwa – P.Ramlee Merentas Zaman.
Lagu "Getaran Jiwa"
Lampu spot pertama ke mikrofon lama
Lampu spot kedua ke saksofon
Lampu spot ketiga ke kerusi pengarah
Dering SMS "Getaran Jiwa"
Untuk skrip dan dokumentasi foto penuh, sila klik:
↧
SETIAP SEKARANG
SETIAP SEKARANG
Yang sedar, bagaikan irama muzik
bergetar, tiada kaku dan beku
ia membisik dan melembutkan kasarmu.
SENYUMLAH PADA TIAP UJIAN
BERSYUKUR ATAS SEMUA KURNIAAN
KU TANAM DALAM TIAP TINGGALAN
UNTUK MU, MENJADIKAN PEDOMAN
Hmmm Hmmm SETIAP SEKARANG
Pedoman SETIAP SEKARANG
Hmm Hmmm SETIAP SEKARANG
Pedoman SETIAP SEKARANG
Yang sudah, adalah jalan ku pilih
menjadi pusaka bekal cinta
untuk getaran yang menyegarkan jiwamu
SENYUMLAH PADA TIAP UJIAN
BERSYUKUR ATAS SEMUA KURNIAAN
KU TANAM DALAM TIAP TINGGALAN
UNTUK MU, MENJADIKAN PEDOMAN
Hmmm Hmmm SETIAP SEKARANG
Pedoman SETIAP SEKARANG
Hmm Hmmm SETIAP SEKARANG
Pedoman SETIAP SEKARANG
Ku mohon kau tatang
warisanku semalam
tolonglah kau kenang
dihati mu sekarang
SETIAP SEKARANG
(untuk ayahanda dan bonda dan semua HERO dalam hidup kita )
Lagu : Hasnul J Saidon
Senikata : Rozana Mohamed & Hasnul J Saidon
Bukit Gambir, Pulau Pinang,
Januari, 2014.
↧
MENEMUI-SEMULA HERO.
Mohon Petunjuk dari Yang Maha Esa.
Siapa hero atau adiwira kita?
Pada saya,
Hero ialah 'aku' yang tahu bagaimana hendak mengawal senjatanya,
bukan 'aku' yang dikawal oleh senjatanya.
(Selepas ni ada banyak lagi 'pada saya'. Kalau tak setuju takpa, tolak je ke tepi, tak payah marah-marah atau berdendam tujuh keturunan ye kawan! Saya pun cuma panjangkan apa yang sudah saya pelajari, tempuhi, amali, uji, dapati dan renungi dari pelbagai adiguru dan sumber)
Pada saya,
Hero ialah 'aku' yang mampu 'membuat pilihan' untuk menjadikan 'senjata' sebagai 'penawar' yang membangunkan 'aku' yang lain dari 'mimpi benda' yang lena.
Pada saya,
Senjata 'aku' yang terhebat adalah anugerah
akal (minda).
Kesedaran minda adalah
anugerah ALLAH
yang terhebat kepada manusia
Ia menjadi
titian(laluan/ujian) batin manusia
untuk kembali kepada fitrah,
kembali kepada Pemilik Kearifan
dan Kreativiti Infinit
kembali kepada ALLAH,
dan Kreativiti Infinit
kembali kepada ALLAH,
atau sekurang-kurangnya,
dekat denganNya.
Kesedaran minda 'aku' yang lebih dekat dengan ALLAH,
bermaksud lebih dekat dengan Pemilik Kreativiti.
Inilah 'aku' yang lebih handal mengawal 'senjata'.
Untuk memudahkan, kita guna istilah minda.
Pada saya,
untuk mengenal kesedaran minda, kita mestilah tinggalkan dulu tabiat melihat 'ke luar', atau memberi tumpuan (fokus) pada 'orang lain' (terutama sekali kelemahan, kesilapan dan kesalahannya).
Kita beri tumpuan (fokus) pada diri sendiri dulu.
Mari kita berkenalan dengan kesedaran minda,
menyelak tabir atau hijab 'diri'
dengan harapan dapat menemui-semula
hero yang sudah lama terhijab.
Mari kita berkenalan dengan kesedaran minda,
menyelak tabir atau hijab 'diri'
dengan harapan dapat menemui-semula
hero yang sudah lama terhijab.
Apa itu kesedaran minda?
* Kesedaran minda persis lensa 'projektor'.
* Kesedaran minda memantul (memproses) cahaya (tenaga) dalam pelbagai tingkatan (frekuensi/gelombang/getaran) untuk menayangkan 'bayangan' kewujudan fizikal seorang 'aku'.
* Bayangan ini, termasuk 'aku' tadi, persis tayangan imejan atas skrin, atau bayang atas kelir. Ia hanya bayangan atau pantulan dari sumber cahaya (tenaga). Tiada cahaya, tiada bayangan.
* Bayangan ini, termasuk 'aku' tadi, 'ada' dalam pelbagai 'bentuk' atau 'imejan' kerana adanya 'cahaya'.
* Oleh itu, bayangan ini, termasuk 'aku' tadi, hanyalah ilusi suatu 'mimpi benda' yang degil (dalam mengekalkan 'ilusi' yang sering membuatkan 'aku' lupa pada 'cahaya' yang mengizinkan dia 'ada').
* Termasuk dalam kewujudan fizikal 'aku' adalah organ jasad dipanggil 'otak'
* Kesedaran minda menayangkan pengalaman 'aku ada'
* Lebih penting lagi,kesedaran minda menayangkan pengalaman 'aku ada otak'
* Aktiviti otak ditentu dan diwarnai oleh kesedaran minda
* Termasuk dalam kewujudan fizikal 'aku' adalah organ jasad dipanggil 'otak'
* Kesedaran minda menayangkan pengalaman 'aku ada'
* Lebih penting lagi,kesedaran minda menayangkan pengalaman 'aku ada otak'
* Aktiviti otak ditentu dan diwarnai oleh kesedaran minda
*Ada tujuh tingkatan (makam/frekuensi/gelombang/getaran) cahaya (tenaga) dari yang halus kepada yang kasar.
* Cahaya adalah tenaga yang hadir dalam pelbagai frekuensi/gelombang/getaran
* Ilmu moden tentang cahaya disebut ilmu kuantum.
* Segala yang dikatakan 'ada' itu hadir dari cahaya (tenaga)
* Cahaya diungkap atau direpresentasi(dalam bahasa sains) sebagai gelombang dan partikel (dalam atom)yang bergetar dalam pelbagai frekuensi
* Fitrah gelombang tenaga (cahaya) adalah 'serba-berkemungkinan (yang infinit)', pelbagai, tidak tetap, saling-bergantungan, saling-bertaut dan berkait, tidak linear atau berurutan, serentak. Segalanya bergumpal dalam lautan tenaga (cahaya) serba-berkeumungkinan yang infinit sebelum
diSAKSI
oleh 'aku' yang memilik kesedaran minda
* Situasi serba-berkemungkinan yang infinit ini ditirus dan diruntuh menjadi menjadi 'satu realiti fizikal kehidupan' (mimpi benda) oleh kesedaran minda 'aku' yang membuat 'pilihan' (mentafsir dan memberi makna) kepada apa yang diSAKSI
* Segala yang dikatakan 'ada' itu hadir dari cahaya (tenaga)
* Cahaya diungkap atau direpresentasi(dalam bahasa sains) sebagai gelombang dan partikel (dalam atom)yang bergetar dalam pelbagai frekuensi
* Fitrah gelombang tenaga (cahaya) adalah 'serba-berkemungkinan (yang infinit)', pelbagai, tidak tetap, saling-bergantungan, saling-bertaut dan berkait, tidak linear atau berurutan, serentak. Segalanya bergumpal dalam lautan tenaga (cahaya) serba-berkeumungkinan yang infinit sebelum
diSAKSI
oleh 'aku' yang memilik kesedaran minda
* Situasi serba-berkemungkinan yang infinit ini ditirus dan diruntuh menjadi menjadi 'satu realiti fizikal kehidupan' (mimpi benda) oleh kesedaran minda 'aku' yang membuat 'pilihan' (mentafsir dan memberi makna) kepada apa yang diSAKSI
* Cahaya hadir dgn izin Pemilik Hakikinya - ALLAH.
* Semua bayangan, termasuk 'aku' adalah milik ALLAH, adanya dengan izin ALLAH, sengan cahaya yang dipinjamkan oleh ALLAH.
* Kewujudan dan kehidupan 'aku' hanyalah pantulan cahaya dari proses kesedaran minda.
* Oleh itu, kewujudan dan kehidupan 'aku' ini dipanggil 'pinjaman' kerana ia meminjam 'cahaya'.
* 'Aku' hanyalah 'saksi' kepada pantulan 'cahaya' yang diproses oleh minda.
Ringkasnya:
Ringkasnya:
* 'Aku' ialah 'saksi' proses minda.
* 'Aku' yang 'sedar' adalah yang dapat melihat proses minda (dan rasa), bukannya yang dipasung atau dipenjara oleh minda, sebab itu dipanggil kesedaran minda
*'Aku' yang dipasung atau dibeku atau dipenjara oleh minda (kesedaran rendah)
adalah ilusi
atau
EGO
Ia bukan 'aku' yang sebenar
'Aku yang sebenar ialah 'saksi' proses minda
* Kerja EGO adalah mencipta dan memasung 'aku' dalam ilusi mimpi benda untuk memutuskan talian dengan Pemilih Cahaya Hakiki
* 'Aku' yang 'sedar' adalah yang dapat melihat proses minda (dan rasa), bukannya yang dipasung atau dipenjara oleh minda, sebab itu dipanggil kesedaran minda
*'Aku' yang dipasung atau dibeku atau dipenjara oleh minda (kesedaran rendah)
adalah ilusi
atau
EGO
Ia bukan 'aku' yang sebenar
'Aku yang sebenar ialah 'saksi' proses minda
* Kerja EGO adalah mencipta dan memasung 'aku' dalam ilusi mimpi benda untuk memutuskan talian dengan Pemilih Cahaya Hakiki
* Sebab itulah, 'aku' wajib 'bersyahadah' untuk memastikan taliannya dengan Pemilik Cahaya Hakiki tidak terputus.
* Sama seperti cahaya, ada tujuh tingkatan (makam/frekuensi/gelombang/getaran) minda dari yang halus kepada yang kasar.
* Tujuh tingkatan cahaya dan kesedaran minda menghasilkan tujuh tingkatan 'kesedaran''aku' dari yang 'paling halus' (kesedaran jasad halus/batin) kepada yang 'paling kasar' (kesedaran jasad kasar/zahir).
* Ada tujuh tingkatan nafsu (atau keinginan).
* Ada tujuh warna jasad halus (batin) dan tujuh warna jasad kasar (zahir).
* Kesemua tujuh tingkatan cahaya, kesedaran minda, nafsu dan jasad adalah penting dan ada peranan masing-masing.
* Kesemuanya mestilah berada dalam getaran yang seimbang dalam hairaki masing-masing, untuk menayangkan sebuah bayangan kehidupan yang seimbang.
* Tujuh tingkatan cahaya, kesedaran minda, nafsu dan jasad mengizinkan 'aku' ini mengatakan dia wujud dan mengalami kehidupan (mimpi benda).
* Ia 'mewarnai' kehidupan 'aku', menentukan bagaimana 'aku' mengalami 'kehidupannya'.
* Bagaimana 'aku' mengalami kehidupan akan berubah-ubah mengikut tingkatan kesedaran minda.
* Jika ingin 'mengubah kehidupan' (mimpi benda), ubahlah kesedaran minda.
* Tingkatan kesedaran minda mengawal dan menentukan bagaimana otak berfungsi (aktiviti sel-sel neuron dalam otak).
* Kesedaran minda boleh melatih cara otak berfungsi.
* Persis 'projektor', jika lensanya elok, bayangan yang ditayang juga elok; begitu jugalah dengan kesedaran minda.
Jika elok, bayangan kehidupan yang ditayang juga elok, penuh dengan 'cahaya kebenaran'.
Sebaliknya jika rosak, bayangan kehidupan yang ditayang juga rosak, penuh dengan 'kegelapan'.
* Tingkatan kesedaran minda 'paling tinggi' juga dipanggil 'bangun'.
* 'Aku' yang sudah bangun, sedar yang dia sedang mengalami 'mimpi benda' (menonton bayang yang dipanggil 'kehidupan').
* Oleh itu, 'aku' yang sudah bangun ini boleh memilih untuk menentukan apakah 'bayang' atau kehidupan (mimpi benda) yang ingin dialaminya.
* Tingkatan kesedaran minda 'paling rendah' juga adakalanya dipanggil 'tidur/lena' atau 'tak sedar diri!', atau 'dihijab'.
* 'Aku' yang tidur, tidak sedar yang dia sedang mengalami 'mimpi benda' atau menonton bayang. Malah tak kurang juga yang 'gila bayang' atau mengatakan 'mimpi benda' itu 'real' dan hadir sendiri tanpa meminjam dari Pemilik Cahaya Hakiki!
'Aku' yang tidur ini sering terputus dari talian cahaya; sentiasa mengejar dan dikejar 'bayang' sendiri.
* Cara untuk mencapai kesedaran minda tinggi telah diwasiatkan oleh Penghulu kita, Nabi Muhammad s.a.w. untuk diamalkan.
Antaranya adalah menggetarkan kasih abadi tak bersyarat, ikhlas, bersyukur, redha, sabar, tenang, pemaaf, berbaik -sangka, bertolak-ansur, pemurah, belas-kasihan, yakin, ceria, gembira, tekun, istiqamah, bersemangat dan banyak lagi.
'Aku' yang sudah bangun 'memilih' untuk memberi tumpuan (fokus) kepada getaran ini.
Dia sentiasa berada dalam tingkatan kesedaran minda tinggi.
Dia juga akan menjadi 'magnet' untuk segala pengalaman kehidupan ('mimpi benda') yang bahagia dan diberkati.
Wajah jasad kasarnya 'bercahaya' kerana jasad batinnya dekat dgn Pemilik Cahaya.
* 'Aku' yang sudah bangun memberi 'tenaga' dan 'meringankan''aku' yang lain.
* Penarik (atau racun/toksid) kesedaran minda rendah juga telah didedahkan oleh Penghulu kita, untuk dielak atau ditinggalkan. Antaranya adalah getaran benci, dendam, dengki, iri hati, ujub, riak, takbur, tamak, kemarahan berterusan, membawa kerosakan, membunuh, mencaci, mengumpat, menabur dan menyebar fitnah, menyampaikan berita tanpa usul periksa dulu, melaga-laga, mengapi-api, memperdaya, menipu dan banyak lagi.
'Aku' yang dihijab tingkatan kesedaran minda rendah akan menjadi hamba kepada getaran ini.
'Aku' begini hanya akan memberi tumpuan (fokus) dan menjadi magnet kepada segala 'aku-aku', situasi dan peristiwa lain yang berkongsi getaran kebencian, ketamakan, kedengkian, dendam, iri hati dsb. Pengalaman kehidupan (mimpi benda) dia tidak ada keberkatan, tidak pernah aman.
Wajad jasad kasarnya 'gelap' kerana jasad halusnya jauh dari cahaya.
* 'Aku' yang tidur, menyedut 'tenaga' dan 'memberat atau membebankan''aku' yang lain.
* Lonjakan kesedaran minda tinggi meringankan - ia memberi tenaga dan daya hidup dan kreativiti. Ia menyubur dan membina sel.
* Tarikan kesedaran minda rendah memberatkan - ia menyedut tenaga hidup, memusnahkan kreativiti. Ia mematikan sel, atau merosakkannya.
* Naik untuk mencapai tingkatan kesedaran minda tinggi dipanggil daya levitasi (juga dipanggil daya hidup dan daya kreatif yang meringankan).
* Turun ditarik tingkatan kesedaran minda rendah dipanggil daya graviti (juga dipanggi nafsu jasad rendah yang berat).* Tingkatan kesedaran minda tinggi boleh mengakses dan mengawal jasad halus.
* Tingkatan kesedaran minda rendah hanya boleh mengakses jasad kasar, ia menjadi 'hijab' kepada tingkatan kesedaran minda tinggi dan jasad halus.
* Tingkatan kesedaran minda yang tinggi juga dirujuk sebagai daya intelek dan meta-kognisi - ia bersifat responsif dan interpretif. Ia diguna untuk 'aku' membuat 'pilihan'. Membuat pilihan adalah anugerah dan kuasa yang hebat. Ini termasuklah memilih bagaimana untuk mentafsir dan 'memberi makna' kepada pengalaman deria. 'Aku' pada tingkatan kesedaran minda tinggi boleh menentukan 'warna' (getaran) kehidupan (mimpi benda).
* Tingkatan kesedaran minda yang rendah juga dirujuk sebagai daya juang dan naluri asas - ia bersifat reaktif dan automatif. Ia tidak mengizinkan 'pilihan' tetapi memberi perlindungan asas dari sebarang ancaman disamping menjamin survival 'aku'. Ia memberi 'aku' keselamatan dan perlindungan. Tapi jika tidak dikawal, ia akan memusnahkan 'aku'.
* 'Aku' yang berjaya memiliki kekuatan kesedaran minda (kreativiti) tinggi adalah bebas dan merdeka dari diperhamba oleh kesedaran minda rendah. 'Aku' inilah yang boleh dianggap sebagai adiwira atau hero.
* 'Aku' yang tidak mempunyai kekuatan kesedaran minda tinggi akan dikawal atau menjadi hamba kepada kesedaran minda rendah (tarikan nafsu jasad rendah yang berat). Ia tidak benar-benar bebas. 'Aku' begini adalah hamba nafsu dan mangsa.
Tapi memang pelik, walaupun dah berjuta kali dingatkan, masih ramai yang suka menumpukan minda pada segala yang mereka tidak suka atau benci.
Memberi tumpuan (fokus) dan melawan sesuatu hanya akan membentuk getaran yang menjadi 'magnet' kepada segala yang kita tidak suka atau benci atau lawan. Ia tidak akan menghilangkannya, malah menambahnya lagi.
Kita akan menjadi getaran 'magnet' kepada apa yang kita fokus, tumpu dan lawan.
Lawan 'kegelapan', jadi magnet pada kegelapan.
Tapi jika tumpu pada 'cahaya', kegelapan dengan sendirinya akan
'hilang'.
Kita akan menjadi getaran 'magnet' kepada apa yang kita fokus, tumpu dan lawan.
Lawan 'kegelapan', jadi magnet pada kegelapan.
Tapi jika tumpu pada 'cahaya', kegelapan dengan sendirinya akan
'hilang'.
Oleh itu, marilah kita ikut jejak Penghulu kita, selak tabir atau hijab minda yang berlapis-lapis atau bertingkat-tingkat ini untuk menemui-semula 'aku' yang sering kita hijab dan abaikan kerana terlalu taksub memberi tumpuan pada 'kesalahan orang lain'.
Semoga kita bertemu dengan 'hero' yang sebenarnya bermukim dalam diri kita sendiri, insyaAllah.
Mari kita bersyahadah.
↧
↧
DI BALIK TABIR 'HERO' - BAHAGIAN 2
Sesi rakaman 'Hero' di Nilai, Negeri Sembilan, amat bernilai, kerana dua bintang utamanya (HERO) telah memberi kerjasama yang sangat 'cool', walaupun tidak mendapat bayaran beribu ringgit. Saya dan keluarga sampai ke Nilai pukul 7 pagi, setelah bertolak dengan kereta jam 2 pagi dari Pulau Pinang sebelumnya. Lepas sarapan, kami terus shooting. Saya postpone mengantuk saya.
Bonda ketawa besar melihat gelagat Zarif Zaharul melakonkan watak Bapak. Bila ditanya, "serupa tak macam Bapak masa muda dulu?", dia kata, "memang macam Bapak kamu dulu!". Bila ditanya tentang Delly , Bonda kata "adalah iras-iras, terutama pada celak mata". Casting choice dah dapat green light, restu dan perakuan. Ditunjukkan juga production stills yang lain, dia kata ok, terutama shot di tepi sungai. Shotnya mengingatkan dia pada zaman di Pasir Salak dan hijrah dia ke Teluk Intan, yang perlu menyeberang sungai. Syukran. Bapak pun happy, dia kata, "ni kena bayor lebih ni!".
Rakaman dibuat di rumah Kak Nyah dan Abang Ibrahim yang sporting dan sanggup mengizinkan rumahnya di tonggang-langgangkan oleh krew tak bergaji. Bukan setakat tu saja, mereka siap jamukan makan tengah hari menu Perak piyor, juga minum petang, sebelum saya terpaksa terbang ke alam mimpi pendek kerana terlalu mengantuk dan letih.
Malamnya, saya rakam Bapak berselawat dengan Soundcloud. Fuyooo, Bapak ada track wooo dalam Soundcloud, dah jadi atok hipster! .
Andy dah buat rough cut, tapi belum betul-betul dapat feel lagi. Saya kena turun tolong. Sementara tu saya dah siap buat lagu, dan sekarang tengah prepare untuk shooting videoclipnya. Penyanyinya siapa lagi kalau bukan Nina! Hidup nepotisme!
Mari kita raikan 'hero-hero' dalam hidup kita, yang membawa kita bertemu dengan hero dalam diri.
![]() |
Production meeting campur berangan |
![]() |
Shooting adegan 'air dengan minyak' |
![]() |
"Air dan minyak" versi terkini |
![]() |
Bapak versi muda dan versi terkini |
![]() |
Rakaman Bapak berselawat |
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/01/balik-tabir-bapak-making-of-bapak.html
↧
BALIK SEKOLAH UNTUK 'HERO'
Saya kembali ke SRK Horley Methodist Teluk Intan untuk shooting HERO. Surreal. Segalanya nampak kecil, walaupun dalam memori, segalanya besar. Dewan serbaguna yang juga tempat bapak mengajar kelas agama, dulu pada saya besar bagak. Bila kembali semula, nampak kerdil. Flashback datang macam banjir. Saya nampak cikgu-cikgu lama dan kawan-kawan sekolah dulu. Fuhhhhh. Lokasi kejadian saya dirotan pun masih berbekas.
Cuma spoil sikit, guru besarnya sibuk mengingatkan kami untuk berambus sebab dia dah nak balik dan kunci segala pintu sekolah. Tak sempat nak kenyang buat rakaman. Tapi salah saya juga yang kurang ajar, main redah je masuk, tak bawa surat rasmi mohon kebenaran, macam Bapak saya punya sekolah. Tapi masa kecil, memang saya kata "ini sekolah Bapak aku!!!" Nasib baiklah guru besar layan dengan baik.
"Bangun!!! Terima kasih, cikgu"
Talent pun tak dapat feel, tambah pulak dia dah kahwin dengan handphone dia, tengah shooting layan handphone!! Artis la katakan.
Anyway, syukur, akhirnya dapat tunjuk anak-anak tempat saya bersekolah. Pada mereka, "sekolah Abah old school la!!!"
↧
TAPAK TINGGALAN WARISAN BONDA
Jam Tinggi condong bukanlah satu-satu ikon Teluk Intan, saya pun ada ikon peribadi, yang dah dilupuskan hingga buat hati saya condong. Tinggalan warisan Bonda, lambang emansipasi wanita kampung Melayu berhijrah ke bandar untuk menanam dan menyuburkan legasi niaga dan jenama JAMALIAH NOORDIN, kini tinggal tapak. Ia sudah dilupuskan oleh seekor binatang bernama keMAJUan (yang tak memBANGUNkan jiwa). Sekarang dah jadi Teluk Intan Square, agaknya untuk mat-mat dan minah rempit lepak, atau untuk pesta, karnival, bazar, konsert, atau sesekali bila rasa berdosa, ceramah agama.
↧
KENA PERLU BERBUAT BAIK PADA KEDUA IBU-BAPA?
"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk, sebuah negeri, Kami perintahkan lebih dulu orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat) lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya. Berhaklah negeri ini dibinasakan lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya."
Al-Isra' (17), ayat 16
"Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharan mu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar walaupun perkataan eehh! Dan janganlah kamu menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan doakanlah untuk mereka dengan berkata,wahai Tuhanku, cucuri rahmat pada kedua mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik kamu semasa kecil"
Al-Isra'(17), ayat 23.
Memberi amaran tentang kebinasaan penduduk dan kehancuran negeri akibat sifat melampau, tamak (dengan kemewahan), derhaka dan maksiat, DAN
ingatan untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa.
Apa kaitannya?.....carilah sendiri, insyaAllah jumpa.
↧
↧
KLIP VIDEO MUZIK UNTUK "HERO"
Saya sedang menyiapkan lagu "Setiap Sekarang" dan klip video muzik untuk "Hero" (bersama Zumi, yang kadang-kadang suka datang menyibuk). Doakan lah ye, hasilnya mendatangkan banyak kebaikan untuk semua manusia. InsyaAllah, akan dapat diakses dalam youtube kelak. Maaflah ya, kalau tak dapat layan handphone, facebook, email atau sebarang ejen komunikasi sejak awal tahun. Sekali-sekala perlu beruzlah, agar hasil yang diusahakan lebih afdal dan cukup rasa.
↧
BERAMBUS KAU DARI KEBUN RUPA!
Semasa sedang memuliakan ruang Kebun Rupa dengan kuliah kecil untuk beberapa orang pelajar praktikal, tiga orang 'pak guard' mengiringi 4 orang juak-juak untuk meninjau, mengambil gambar dan menyuruh saya berambus dari Kebun Rupa sebelum 17 Februari (Ahad ini!).
Seorang pegawai masuk ala CIA, ambil gambar buku-buku dalam Kebun Rupa dan menegur saya kerana bertanya banyak soalan. Maaflah bang, kenalah tanya, saya kan ke tuan rumah. Seorang lagi jenuh dijemput duduk, punyalah ketat dan berat macam tak reti nak beradab bila bertandang ke tempat orang.
Kenapa tak bawak je UTK bersarung kepala siap dengan M16 sekali?
Saya kan ke menumpang, kalau disuruh keluar, saya keluarlah, takpa. Saya faham. Saya pun dah setahun menumpang, naik segan juga. Tempat ni pun bukan harta peribadi saya. Saya cuma tumpang letak buku-buku, DVD koleksi seni video dan pelbagai bahan rujukan, untuk sesiapa yang minat nak buat kajian. Tak payahlah kecoh bawak pak guard sampai tiga orang, macam lah saya ni orang tak bertamadun, tak reti nak keluar bila disuruh. Saya pun pernah juga berjasa dgn universiti ni, sekurang-kurangnya bagi tau lah elok-elok dan awal-awal. Manalah sempat saya nak clearkan Kebun Rupa dalam masa 5 hari.
Anyway, takpa, saya faham, dan terima kasihlah bagi saya hiburan dan drama petang yang menarik. Anda semua menjalankan tugas, bak kata Abang CIA, "saya dapat arahan!!"
Saya pun dah lama bercadang nak tutup kedai Kebun Rupa ni. Walaupun ada beberapa orang hebat-hebat pernah singgah, para pelajar jarang pakai atau menggunakannya. Mungkin sekarang ni, mereka pakai google je. Tak payah nak pi mengadap guru lagi, buat susah je.
Jika Allah izinkan terjadi, maknanya ni semua rezeki saya. Mesti ada sesuatu yang baik di sebaliknya, kenalah berbaik sangka dengan Allah. Ikut tasbih Tok Syeh saya, semuanya, "bagus, bagus, bagus...."
Lagipun, segalanya, termasuk nyawa, kita cuma pinjam je. Saya amat bersyukur dapat memanfaatkan Kebun Rupa setakat yang mampu sepanjang ia dipinjamkan.
Terima kasih tak terhingga pada semua yang telah menghidup dan memuliakan Kebun Rupa selama ini. Kebun Rupa selepas ini mungkin hanya ada dalam kepala saya je la agaknya.
Lagipun, segalanya, termasuk nyawa, kita cuma pinjam je. Saya amat bersyukur dapat memanfaatkan Kebun Rupa setakat yang mampu sepanjang ia dipinjamkan.
Terima kasih tak terhingga pada semua yang telah menghidup dan memuliakan Kebun Rupa selama ini. Kebun Rupa selepas ini mungkin hanya ada dalam kepala saya je la agaknya.
↧
SEMUANYA KITA 'PINJAM' JE.
Ada yang bertanya, kenapa saya buat projek video pendek "HERO" dan klip video "Setiap Sekarang" sejak awal tahun 2014 ni. Saya tak reti nak jawab. Projek video pendek "HERO" berdasarkan blog entry dalam Jiwa Halus ni, itu pun Anderson Ee (Andy) yang sibuk nak buat dari tahun lepas lagi. Saya tanya dia, "awat hang sibuk nak buat benda ni?" Dia pun tak tau, cuma sebut, "the force is strong", biasalah Andy dengan saya selalu guna bahasa "Star Wars". Semuanya berlaku tanpa paksa, termasuk lagunya. Memanglah sedap ambil kredit, tapi akhirnya, semua ide, termasuk 'driving force' untuk berkarya, kita pinjam je dari Yang Maha Arif.
Alhamdulillah, sempat juga dirakamkan secara 'live' lagu "Setiap Sekarang" nyanyian penyanyi pujaan saya, Ainina (anak saya!!) di Kebun Rupa sebelum diperintahkan berambus dari tempat tu. Ini klip video budget ciput dan DIY, tanpa sebarang mixer mahupun perkakasan lampu canggih. Settingnya ringkas, Ainina menyanyi live di depan slaid-slaid powerpoint. Sekali take dari satu kamera, tak payah nak edit banyak. Dirakamkan live tanpa mixer canggih menyebabkan kualiti bunyinya pun boleh membuatkan penonton dan pendengar kasihan, sesuai dengan mood yang ingin dihasilkan oleh lagunya. Tapi kalau ada rezeki, mungkin minggu depan cuba pakai bilik rakaman di Dewan Budaya.
Nasib baik dapat 'tangkap' Aiman, pelajar tahun tiga Rekabentuk Media Baru dengan kamera mahalnya (RM11,000 secara tepat) ihsan bapak dia yang pemurah. Zaman sekarang, pelajar lebih kaya dari pensyarah.
Lagu pun lagu simple, dengan chord-chord tadika yang harapnya boleh dinyanyi bersama oleh budak-budak kecil sampailah ke orang tua.
Klip video ini persis duet saya dengan Nina. Tapi, saya bersuara menerusi powerpoint (medium untuk mengajar dan bentang kertas kerja, sesuai dengan profesion saya), Nina dengan nyanyiannya. Paparan visualnya berdasarkan video pendek "HERO" yang diusahakan dengan Andy. Cuma, sengaja dipilih imejan pegun untuk elak persamaan dengan video tersebut. Video pendek "HERO" juga telah siap diadun oleh Andy. Maaf, takda tayangan perdana, kerana kami takda cable dengan Perdana Menteri mahupun Proton Perdana.
Klip video kamera pinjam, tempatpun pinjam tumpang, semuanya sementara. Tapi yang lebih menarik, intipati "Setiap Sekarang" juga berkait dengan segala yang sementara (dan dipinjam), terutama harta-benda. Kita cuma tukang jaga atau pegang amanah.
Namun, soalan yang paling cepumas sekali yang perlu ditanya - Apakah pusaka amanah peninggalan yang paling berharga (tak boleh dibeli dengan wang-ringgit), yang dipinjamkan oleh Allah menerusi kedua orang tua kita?
Tunggulah kemunculan klip video low-budget ini di youtube berhampiran anda!!!
↧
H3R0
Salah satu denai terbaik untuk mengenal diri adalah dengan menghargai 'Hero" yang dekat dengan diri kita. Ini versi 'superman' dan 'wonderwoman' saya, hasil arahan Anderson Ee. Saya tak tau kenapa Andy bersemangat nak buat video pendek ni, sejak tahun lepas. Saya tanya dia, dia jawab dalam bahasa Star Wars, "the force is strong". Terima kasih la Andy, kerana memaksa-rela saya kembali-semula ke dunia video naratif yang telah lama dipinggirkan. Memang betul, the force is strong, kerana kita semua kroni-kroni nepotisme yang terdiri dari saya, isteri, Delly, Zarif dan Nina (Mia sekarang di UiTM Sri Iskandar), semua terasa terpanggil sama-sama menjadi pelakon dan 'bangla' tak bergaji untuk menyiapkannya. Saya amat menghargainya. Begitu juga dengan wonder team dari ASWARA, bekas anak-anak buah Andy, yang buat kerja macam dapat gaji beribu-ribu.
Superman saya kini uzur (baru lepas kena heart attack). Tolongla doakan kesihatan dan kesejahteraan dia. Jiwa saya rasa nak terbang jumpa dia, tapi jasad saya terpaksa melayan kerenah 'arahan' berambus dari Kebun Rupa, tempat saya menumpangkan buku-buku dan segala bahan rujukan, dan juga berkarya. Segalanya kita pinjam je. Semuanya adil, Allah Maha Adil.
Hidup adalah sebuah anugerah yang dipinjamkan sementara, suatu perjalanan yang indah. Senyumlah kepadanya. Kepada semua, salam kasih. Saya tak mewah wang ringgit, jadi cuma dapat balas dengan doa dan ucapan, "may the force be with u".
Selamat menikmati video pendek ini, sambil panjangkan doa yang baik-baik untuk hero-hero dalam hidup kita.
Klip video muzik "Setiap Sekarang' nyanyian Ainina (inspirasi dari 'Hero'), bakal menyusul.
↧
↧
"SETIAP SEKARANG"
Doa dari saya, isteri, anak-anak dan keluarga untuk Bapak dan Bonda dan semua hero dalam hidup kita. Diiringi bunyi latar malam dengan nyanyian cengkerik di Kebun Rupa.
↧
REFLEKSI PASCA-KEBUN RUPA
Untuk Fina, Firdaus, Sham, Adi, Izrul, Normad, Lan dan semua adik-adik praktikal dari UiTM Sri Iskandar, nasi kandaq Pelita adalah tidak sepadan dengan budi dan pertolongan yang telah dihulurkan. Terima kasih kerana menolong saya memindah segala harta-pusaka ilmu di Kebun Rupa ke rumah teres sewa saya. Ia suatu kerja berat yang boleh mematahkan tulang empat-kerat, tetapi selamat dilaksanakan tanpa sebarang insiden mahupun accident. Kepada Mamu Norhelmi yang sudi singgah bersama puterinya, Paiman yang singgah selepas defend Phd proposal, juga Taufik yang mengintai, terima kasih kerana sudi jenguk. Saya kini sedang bergelumang dengan lambakan kotak-kotak berisi buku dan segala jenis bahan rujukan yang perlu disusun-semula. Isteri dan anak-anak yang supporting dan sporting turun padang untuk bantu.
Pengunjung rasmi terakhir Kebun Rupa adalah rombongan dari NAGA (National Art Gallery of Singapore) diketuai Pengarahnya Dr.Eugene Tan, bersama para kuratornya, Shabir, Syed dan sorang lagi yang saya lupa namanya. Sebelum ini berberapa kurator NAGA yang lain juga pernah singgah. Mereka ada bertanya beberapa soalan menarik tentang Kebun Rupa dan juga MGTF, tapi soalan dan jawapannya hanya boleh saya kongsi secara lisan dengan insan-insan terpilih je ye. Sori. Ada juga pengunjung lain tanya, "Pengarah, para kurator dan ilmuan dekat-dekat tak singgah ke Nol?"
Menumpang ruang untuk membenih, membaja dan menyuburkan Kebun Rupa adalah satu 'action research' yang amat berguna untuk saya. Pada saya, dapatannya amat bernilai, walaupun ia tidak melibatkan penyelidikan yang memakan kos hingga beratus-ratus atau berjuta ringgit duit rakyat. Saya juga tidak perlu menunggu untuk membentangkan dapatannya dalam seminar, konferensi dan jurnal berwasit semata-mata untuk mengesahkan ianya ilmu yang berguna.
Saya amat bersyukur. Bak kata Atok saya, semuanya "bagus, bagus, bagus".
↧
HIJRAH LAGI!
↧
MEMINJAM 'CAHAYA' MASA DEPAN, SETIAP SEKARANG.
Kita adalah peminjam masa depan anak-anak, setiap sekarang. Adalah sesuatu yang amat indah meminjam getaran cahaya dari mereka yang cahayanya masih bersih dan belum dipudarkan.
Bengkel "Saya Kreatif & Pintar" anjuran Orionids dgn kerjasama Balai Seni Lukis Pulau Pinang, Februari 2014. |
![]() |
"Atok! Atok rock la!" |
![]() | |
Bengek "Starkids" di Pantai Remis, Perak, anjuran Orionids dengan kerjasama Kelab Astronomi USM, Yayasan Angkasa Malaysia dan Pusat Falak Perak, Januari 2014. |
↧
↧
MEDIUM : ACCRYLIC ON ART MARKET
In an interview article, one prominent and commercially-successful superstar British artist was asked whether the ART MARKET HAS BECOME THE CANVAS IN WHICH HE AND MANY OTHER ARTISTS HAVE PAINTED ON. He said yes.
↧
MyUMNET DAN KEY PERFORMANCE AKHIRAT
Setelah tujuh tahun memakai baju tukang kebun muzium dan galeri universiti, saya tanggal dan simpan dalam almari. Ada banyak kesan yang mungkin tak terbasuh dan tertanggal walaupun dengan sabun basuh yang kuat. Bau pun susah nak tanggal. Baru-baru ini, saya kena pakai-semula.
Hampir di semua universiti di Malaysia, tersimpan himpunan khazanah dan koleksi warisan ilmu sains, seni, budaya, sejarah yang adakalanya seperti terpinggir. Semuanya hadir dalam bentuk karya-karya seni, artifak budaya dan sejarah, dokumen, manuskrip, spesimen. Ada berpuluh-puluh muzium dan galeri universiti di rantau Asia Tenggara, kesemuanya persis pulau-pulau kecil yang terpencil dalam lautan kampus masing-masing.
Hampir di semua universiti di Malaysia, tersimpan himpunan khazanah dan koleksi warisan ilmu sains, seni, budaya, sejarah yang adakalanya seperti terpinggir. Semuanya hadir dalam bentuk karya-karya seni, artifak budaya dan sejarah, dokumen, manuskrip, spesimen. Ada berpuluh-puluh muzium dan galeri universiti di rantau Asia Tenggara, kesemuanya persis pulau-pulau kecil yang terpencil dalam lautan kampus masing-masing.
Tapi sebelum tu, seperti juga banyak filem-filem dan drama Melayu, izinkan saya flashback kejap.
Sekitar 2009, Ahmad Mashadi, Shabir Mustaffa (Muzium NUS, Singapura), Prof. Patrick Flores (Vargas Museum & Gallery, University of Philipphines-UP, Manila) dan saya, berjumpa ketika persidangan UMAC (University Museums & Collections) dan ICOM (International Council of Museums)di Shanghai China. Di sebuah kafe kopi pekat, kami berbincang sambil memasang angan-angan untuk menghubungkan pulau-pulau (muizum dan galeri universiti) yang adakalanya di'pulaukan' ini dalam satu rangkaian serantau, agar suara Asia Tenggara lebih bergema dalam UMAC yang dinaungi oleh ICOM. Kami merasakan UMAC adakalanya terlalu pekat bau saka kolot-nialnya, dan berwajah terlalu pucat (putih). Nadanya terlalu mono.
Niat dan angan-angan awal ini disusul Persidangan Antarabangsa UMNET (Universiti Museums Network, South East Asia) yang pertama di UP, Manila. Dalam persidangan ini, beberapa muzium dan galeri universiti di sekitar Manila turut serta, begitu juga dengan Galeri Soedmadja di Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia. Pak Aminuddin Siregar dan Pak Deden mewakili Galeri Soedmadja. Aminuddin juga seorang kurator dan penulis seni rupa yang prolifik dan terkenal di Indonesia. Deden lebih dikenali dalam bidang fotografi dan rekabentuk.
Persidangan pertama ini disusul persidangan kedua di MGTF (Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM. Ketika persidangan ini, satu jawatankuasa interim dibentuk. Aminuddin dipilih Presiden, saya jadi naibnya. Deraf 'perlembagaan'nya dibentuk oleh pasukan Ahmad dari NUS,yang bertindak sebagai sekretariat. Denai awal membina profil serantau dan antarabangsa untuk muzium dan galeri universiti di Malaysia dan Asia Tenggara sudah dibuka. Kerja buka denai awal seolah dah jadi job spec wajib saya.
Malangnya, selepas persidangan kedua, ia senyap seketika, mungkin kerana semua (Aminuddin, Ahmad, Patrick, saya dll) sibuk, dan kekangan kewangan (tajaan). Aminuddin pula kehilangan beberapa orang kuat (anak-anak didiknya) yang hampir semua (yang saya kenal ada empat) telah menjadi antara seniman superstar muda di Indonesia. Aminuddin yang saya kenal, lebih gemar aktiviti dalam bentuk pameran, persembahan, bengkel dan penerbitan dari hanya bersidang dan berbincang. Dia juga selalu sibuk dengan Biennial antarabangsa.
Ketika persidangan UMAC di Singapura pada 2011, Ahmad dan saya berjumpa lagi, kali ini disertai oleh Dr. Nor Edzan (Ketua Perpusakawan Universiti Malaya, yang juga dipertanggungjawabkan dengan Muzium Seni Asia dan Galeri Seni Universiti Malaya). Dari situ, timbul minat untuk 'memanaskan' semula UMNET. Selepas pulang dari Singapura, Dr. Edzan mengatur suatu mesyuarat awal untuk menubuhkan MyUMNET (peringkat Malaysia), bagi menyatukan kesemua muzium dan galeri universiti tempatan dalam satu naungan kebangsaan (dan kemudiannya serantau).
Tak lama lepas tu, saya terpaksa menggalkan baju 'tukang kebun' pada 2012 untuk memberi tumpuan pada 'hidup'. MyUMNET senyap kembali.
Baru-baru ini, saya dijemput oleh Aziz (Ketua Muzium dan Galeri UM) untuk membentangkan kertas-kerja sempena perbincangan meja bulat penubuhan MyUMNET. Aziz jejak saya menerusi blog.
Ternyata Dr.Edzan komited dengan benih niat awal yang ditanam dulu. Awalnya saya tolak kerana dah simpan baju tukang kebun. Lagipun, kebun tumpangan saya di belakang MGTF USM pun dah diarah tutup kedai.
Tapi kerana memikirkan UMNET ni angkara saya memandai-mandai dengan Ahmad dan Prof. Patrick di Shanghai dulu, dan mengambil-kira permintaan kawan-kawan dari UM, saya menerimanya.
Syukur, ianya berjalan dengan baik. Saya bentang kertas tentang kreativiti, Aminuddin tentang pengalaman Galeri Soedmadja dan Aziz tentang dasar dan polisi. Selepas pengenalan pendek dari setiap muzium dan galeri universiti yang menghantar wakil (UPM, UKM, UMP, UMS, UUM, UPSI), sebuah jawatankuasa MyUMNET dibentuk.
Beberapa isu dibincangkan, yang paling kritikal adalah soal kemahiran kuratorial dan strategi kerjasama yang boleh meringankan kekangan peruntukan serta kewangan. Isu kuratorial dan kekangan kewangan dah jadi badi wajib, yang sebenarnya ada penawar. Pembentangan dari Pak Aminuddin boleh dijadikan contoh, bagaimana Galeri Soedmadja kini telah menjadi galeri paling aktif, dipandang tinggi dan 'in-demand' di Bandung, jika tak pun di Indonesia, walaupun tidak mendapat peruntukan kewangan besar dari institusi (ITB). Sepuluh tahun sebelum itu, ia hanya gudang buruk. Tak payahlah saya cerita tentang pengaslaman berkebun di MGTF USM.
Saya doakan jawatankuasa ini dapat merealisasikan segala yang pernah diangan-angankan sewaktu ide awalnya dicetus dulu. Jika tiada aral, diharap dapat dianjurkan persidangan peringkat Asia Tenggara dan dilantik jawatankusa peringkat serantau yang baru. Semasa melawat Muzium dan Galeri Bank Negara yang gah hari tu, ada tawaran penajaan. Bila dah buka buka niat baik, Allah akan beri jalan, kadang-kadang hampir serta-merta, jika hati kita ikhlas dan takda udang sebalik mee.
Terima kasih tidak terhingga buat rakan-rakan dari Muzium Seni Asia dan Galeri Seni Universiti Malaya atas kesudian menjemput saya, juga kejayaan menganjurkan Perbincangan Meja Bulat baru-baru ini. Tahniah atas usaha menubuhkan Malaysian University Museums Network (MyUMNET). Terima kasih atas cadangan menjadikan saya penasihat. Doakan saya sihat.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan lain dari beberapa muzium dan galeri UMS, UPM, UKM, UPSI, UMP, UUM atas sokongan dan kesudian mendengar saya merapu tentang kreativiti. Kreativiti tak boleh diakses menerusi KPI Universiti yang bias otak kiri. Mohon maaf jika terpaksa dengar saya mencubit galeri korporat universiti (untuk menunjuk-nunjuk 'kejayaan') dan mengusik sikap segelintir dalam akademia (terutama yang terlebih guna otak kiri) terhadap kewujudan dan peranan muzium dan galeri dalam sesebuah universiti.
Sebagai 'orang gaji' rakyat Malaysia, saya mendoakan agar kita semua dapat melaksanakan peranan masing-masing dengan hidayah berterusan dari ALLAH.Semoga segala 'gaji' dan 'peruntukan' yang dilabur dan disumbangkan oleh rakyat dapat dipulangkan dividennya semula kepada mereka dalam bentuk khazanah dan warisan ilmu yang bernilai merentas zaman, juga merentas dan berhijrah dari KPI ke KPA (Key Performance Akhirat). Untuk manusia macam saya yang pelupa, ianya lebih afdal.
InsyaAllah.
↧
TAKING OFF THE STINKY DRESS.
So many people today are clever and smart. Mind-centered cleverness and smartness dominate our world today. Yet, thinking and living are two different experiences.
Living and being come from awakening, enlightenment, consciousness and creativity. They do not exist 'in thinking or in mind'. Such experiences exist in silence and stillness outside time and space. Time and space are created by the mind. Both allow us to experience situations, but not being trapped by them. Awakening, enlightenment, consciousness and creativity can only be unveiled if we managed to detach the 'I' or 'me' from total identification with the mind or thinking. One needs to just 'be' (the silent witness) of mind, or the observer of thinking.
Yaaa, I know, that monster-child of mind called 'ego' in us will dismiss this as mumbo-jumbo nonsense. How can one be outside the mind???
But the truth is that the mind is just a dress we wear. Its an excellent tool nevertheless. It has been bestowed upon us to experience our dream of forms (physical-mental-emotional experiences). But the mind is not our true Self. Our true Self is the master and user of this tool, master of the mind, the silent witness. The tool cannot become its master or user. Think about a pointer (sign), it cannot become the pointed (or signified).
Yet, instead of being a 'dress that we wear' or mere tool, human mind has (pretended) to be the dresser. It has taken over its 'host', possessing the host even. So many people have totally identified (become totally dependent and attached) with their 'tools' to a point that the tool has become the master/user. The pointer has become the pointed. The sign has become the signified.
The mind constantly needs to create a false sense of self (ego) to survive. It needs to feed on the past and the future, never the NOW. Thus, it is trapped by its own past and future, without ever 'being' and 'living' in the 'presence'/now. Collectively, it has become a toxic wasteland (collective toxic memories through ages and generations across many human civilizations), possessing its host, vibrating, transmitting and spreading its stinking signals like virus. It feeds on its own toxic 'shit'. It feeds on body-respond (emotion) to turn itself into a monster that sucks life force or creative energy from 'being' and 'living'.
Excessive 'thinking' will always pretend to be 'me' or the 'I' (thus, must be 'protected' at all cost).
Excessive thinking that creates collective human 'unconsciousness' (or forgetness) is today at its critical stage. It is manifesting itself in myriads of tangible forms that we normally label as 'bencana', 'malapetaka', 'bala'.
Yaa, I can relate to your mental argument, very clever, smart. But mannnnn, the insecurity, fear, anxiety, anger, hate, envy, resent and grudge (no matter in what form, or whatever mental 'justification') that you project to feed that argument of yours, really stink!!!!! I could smell their stinks from kilometers away, even virtually.
After so many years of tolerating such stinks, and at times wearing them (to a point that the 'stinks' have become 'me' whilst I can't smell them anymore), its time to take the stinking dress off.
So, please excuse me, I need to go and change. I need to wear a fresh new dress, now, and every NOW. (Setiap Sekarang)
↧