Quantcast
Channel: Kebun Jiwa Halus (Garden of Fine Heart)
Viewing all 2164 articles
Browse latest View live

JOM LE KITA BANGUN KAWAN!!, SETIAP SEKARANG (BAHAGIAN SATU)

$
0
0
Fragmen 1

"Encik Hasnul, saya rasa nak demam, saya tak dapat datang kelas hari ni."

Saya respon,
"Awak nak deman, saya tak mampu nak bagi. Punyalah banyak benda yang boleh dikehendaki dan diminta, awak minta demam. Cubalah cakap, saya nak sihat, mana ada manusia yang nak demam. Pelik."


Fragmen 2

"Encik Hasnul, saya tak suka dengan diri saya sekarang ni!"

Saya respon,
"Kalau macam tu, awak ni satu ke dua. Antara 'saya' dan 'diri saya' tu, mana satu yang benar-benar wujud? Yang mana satu hanya ilusi yang dicipta oleh minda (dan ego) awak?"


Fragmen 3

"Encik Hasnul, saya sedih la!!"

Saya respon,
"Bila pulak bapak awak bagi nama 'Sedih' pada awak? Bapak awak bagi nama elok-elok, awak cakap awak 'sedih'. Awak kan ke Hasnah binti Ahmad, bukan Sedih binti Ahmad. Bila pulak awak 'menjadi' apa yang awak rasa? Kejap sedih, kejap marah, kejap kecewa, kejap takut, kejap risau.....banyaknya nama. Itu semua, awak ke?"



 

JOM LE KITA BANGUN KAWAN!! SETIAP SEKARANG (BAHAGIAN 2)

$
0
0

Fragmen 1

"Encik Hasnul, kenapa saya ni selalu je risau dan rungsing je?"

Saya respon,
"Sebab awak menyangka perasaan itu awak. Perasaan bukan awak, ia cuma reaksi atau respon jasad terhadap saranan minda. Saranan minda juga bukan awak. Bebaskan diri dari dipenjara, dihijab atau dipasung oleh saranan minda. Ia hanya alat atau pakaian sementara je. Kalau dah pakai lama, kena tanggal dan basuh. Kalau nak pakai pun, untuk tujuan praktikal menjalani pengalaman mimpi benda. Alat tak boleh jadi pengguna atau tuannya, Kalau tak, alat boleh makan tuan. Alat hanya tanda je, bahasa, perantaraan, jambatan, titian, bukannya lokasi tujuan atau makam diri. Jika tak berhati-hati, alat boleh menjadikan tuannya hamba tunggangan untuk membentuk identiti palsu (ego), termasuklah yang selalu risau dan rungsing. Cengkaman dan pergantungan sepenuhnya pada alat  (minda dan perasaan yang suka berpura-pura menjadi awak) boleh dibebaskan antaranya oleh solat dan segala amalan sunat yang Penghulu kita dah wasiatkan pada kita."


Fragmen 2

"I think, therefore I am"kata Descartes.

Saya respon,
"I think, therefore I am (slaved by my thinking)."

"Saya berfikir, maka saya ada......lah hamba pada fikiran"

.....dengan ribuan maaf kepada Descartes yang bertuhankan fikiran (lojik akal) saja. Juga ribuan maaf pada pewaris kontemporari saka badi Descartes, saudara Richard Dawkins.

Jom bangun, bebaskan diri dari penjara

OPERASI MENCARI DAN MENYELAMATKAN KEMANUSIAAN.

$
0
0
Setiap musibah, bencana, tragedi, malapetaka, bala dan wabak adalah penzahiran secara kolektif dari getaran toksid fikiran serta perasaan umat manusia (jasad halus). 

Kesemuanya adalah 'panggilan kecemasan'  untuk umat manusia  bangun dan kembali kepada fitrahnya. Ia adalah panggilan untuk manusia berhijrah dari tidur kepada bangun, atau sedar. Adakala panggilannya lembut. Adakalanya keras, menyentak dan mengejutkan hingga menuntut korban nyawa yang amat memilukan.  

Panggilan ini juga adalah tanda atau isyarat. Setiap panggilan-tanda-isyarat adalah petunjuk. Setiap petunjuk perlu dibaca dan disingkap hijabnya agar memperolehi cahaya hidayah. 

Kita baru saja disentak dan dikejut dengan keras. Kita mungkin akan disentak dan dikejut lagi.

Oleh itu kekawan,  marilah kita bangun, sebelum terzahir lagi panggilan atau tanda-tanda zahir yang lebih keras, menyentak dan mengejutkan kita. Jika kita masih lena dihijab, akan terzahir banyak lagi panggilan kecemasan yang lebih menyentak.

Hiijab lena mimpi benda melupuskan kemanusiaan, membawa kegelapan, mengeruh dan membuat kita saling bertekak, bertelingkah, bergaduh, bergasak, bertegang-urat, berlaga ego, bermusuh 7 keturunan, bersyak-wasangka, berburuk-sangka, bercuriga, berdengki, berdendam, berbenci, malah berbunuh sesama sendiri. 

Kemanusiaan sedang diserang wabak lupa, lena, taksub dan hanyut dalam mimpi benda ciptaan minda. Mimpi benda ini dicemar racun, bertoksid, menjadikan jasad halus kita parah dan sakit.  Jasad halus umat manusia sedang tenat. Ketenatan ini semakin mudah dikesan menerusi media perdana (terutama media 'asing'), media alternatif dan yang paling menyerlah, media sosial yang sudah diglobal dan di'google'kan.

Jalan untuk bangun dan kembali kepada fitrah dibuka oleh TAUBAT. Taubat membuka denai hijrah. Taubat dibuka oleh pengakuan terhadap kelemahan dan kesilapan peribadi dan kolektif. Dengan pengakuan, umat manusia dapat berhijrah dari tidur dihanyut lena mimpi benda kepada kesedaran tinggi.

Taubat ditutup oleh minda dan perasaan yang berkocak dan bising. Ia tidak boleh dibuka oleh pergantungan kepada debat lojik akal semata-mata. Sains dan teknologi hanya denai dan alat saja. Ia terbatas. Malah sejak kebelakangan ini, segala keangkuhan pencapaian sains dan teknologi sedang diuji oleh keterbatasannya (atau kelewatannya) dalam menyelematkan manusia. Ia lebih pantas dan cepat digunakan untuk merosak dan membunuh kemanusiaan, dari menyelamatkannya. Akal yang tiada pemandu hanya taksub mencari kesalahan (orang lain), apatah lagi jika dipacu gelombang perasaan yang sudah disampuk dan dirasuk racun bertoksid.

Taubat dibuka oleh muhasabah diri (melihat dan mengakui kelemahan dan kesilapan diri) yang dipacu sifat keikhlasan dan menyerah lensa akal-fikir dan rasa kepada Pemiliknya yang Hakiki. Ia membebaskan roh (cahaya) dari penjara kegelapan tarikan graviti fikir dan rasa yang bising.  Ia melupus keruh. Ia menerang (melenyapkan kegelapan). Ia membangunkan kita semua dari terus dihanyut oleh lena mimpi kebendaan dan KPI dunia yang terlalu kita kejar seolah-olah ianya realiti abadi.
    
Oleh itu, sebelum kita terjurus untuk terus lebih meminta-minta dan memanjangkan hajat mimpi benda, marilah kita bertaubat dalam diam. 

Bertaubat dalam diam membolehkan kita merenung-semula segala kesilapan dan kelemahan secara peribadi dan kolektif. Ia memujuk kita untuk memohon ampun, membersih segala toksid fikir dan rasa yang sudah meracun, merasuk dan mengotorkan jasad halus kita secara peribadi dan kolektif sebagai umat manusia. 

Bertaubat dalam diam membolehkan kita menzikirkan kesyukuran pada setiap sekarang, memasang iltizam untuk kembali pada fitrah. Iltizam ini membolehkan kita menzahirkan hijrah dari mimpi benda yang lena kepada mimpi benda yang penuh kesedaran tinggi serta halus.

Bertaubat dalam diam menukar musibah, bencana, tragedi, malapetaka, bala dan wabak kepada penawar dan pedoman. Penawar dan pedoman ini mengisi setiap sekarang kita dengan zikir kesyukuran, memeluk kita dalam ikatan kasih sejati, ketenangan, kedamaian dan keriangan yang tidak boleh diungkap menerusi sebarang bentuk bahasa dan tanda zahir. 

Inilah operasi mencari (diri) dan menyelamatkan kemanusiaan yang paling kritikal ketika ini.



PUTUS TALIAN DAN BANGUN (LOGGING OFF & WAKING UP).

$
0
0
Semalam aku mimpi.

Dalam mimpi tersebut, aku dengar panggilan. Panggilan itu jemput aku putuskan talian dan bangun dari simulasi 'holodeck' aku sendiri, sekurang-kurangnya lima kali sehari. Ia mengingatkan bahawa aku semakin 'hilang diri' dalam holodeck buatan sendiri. Ia juga membisik yang aku dalam bahaya tergila-bayang dengan segala ilusi dan watak-watak yang telah aku main, hingga lupa bahawa semuanya adalah simulasi tiruan yang bertujuan untuk menguji.

Panggilan itu juga gemakan kata-kata berikut, "Takpa, jangan risau, setelah bertaut-kembali dengan hakikat Diri, kamu boleh masuk dalam talian semula, sambung mimpi, mainkan watak-watak kamu dan layan holodeck tu, tapi dalam keadaan yang sudah dibangunkan. Kamu akan lebih menikmatinya."

Lepas tu, aku terjaga dan bangun. 




Yesterday I had a dream. 

In the dream, I heard a call. It invited me to log off and wake up from my own 'holodeck' (simulation), at least five times a day. It reminded me that I was beginning to 'lose my true Self' in the holodeckIt also whispered that I was in a danger of totally identifying with all the illusions and fake characters that I have been playing to a point that I have forgotten that they were just fake simulations meant to test me.  

The call also echoed something like the following, "Don't worry, once you have reconnected back with your true Self-Essence-Being, you can log in and resume your dream, playing out your characters and re-engage with the holodeck, but in an awakened state. You will enjoy it even more."

Then I woke up. 


SEARCH AND RESCUE OPERATION.

$
0
0
"Dear Mr. Hasnul, how can I be outside my mind and feeling? Its rather nonsensical and kind of mumbo-jumbo. I am what I think and feel, .....don't I?"

Okay, let say you have a point, an opinion, an intellectual position, a thought pattern. Lets focus on that thought for a while, without being judgmental, without responding or adding another thought to it. You don't have to shut it off either. You can't. Just witness it, observe it.  Just be aware of that thought. Let it be. 

Now, imagine seeing (and hearing) that thought as a sound or musical note, vibrating in a certain frequency and amplitude (degree of loudness) like a wave. Again, just let it be. Let it echo. Do not resist, let it pass through you. Witness how long that particular echo, note, sound or thought will last as you witness or observe it NOW, every NOW. Be presence.

Okay, now imagine tuning or lowering down the amplitude (loudness) of the thought.  See and hear 'through' it. As the amplitude of the thought lowers, shift your awareness to the feeling that comes with the thought.  Your are shifting from witnessing 'thinking' to witnessing the 'feeling'; from being aware of thinking to being aware of feeling.

Identify the feeling, as some forms of emotional register. Let say they are fear, insecurity, anger and hate. Be intensely aware of the presence of these emotional forms, dwelling within you. You don't have to force yourself to shut them off. Acknowledge them, see them, witness them, hear them, smell them, shine a light on them, but do not respond, do not add another feeling to them, do not resist, do not feed them either, just let them be. Now, imagine seeing (or hearing them) as sounds or musical notes, vibrating in a range of frequencies and amplitude (loudness) like waves. Just let them be. Let them echo through. Do not resist, let them pass. See 'through' them. Witness how long those echoes, notes, sounds or feelings can last.
  
Now, shift your awareness to the silence rather than the sounds. Imagine seeing your emotional sounds as musical notes on a piece of white paper. Shift your focus to the paper, not the musical notes. Be the paper that allows the musical notes to be written. Be the silence and stillness that allow the sounds to vibrate and be heard. Be the stillness that allows thinking and feeling to 'appear'. Witness how long they can 'exist' and 'stay', before they start to disappear or dissolve into the silence, into nothingness.

Thinking and feeling, once witnessed or observed, cannot stay long to pretend to be the 'real YOU' (the ever-presence silent/still witness or observer). They cannot take over YOU, or create a false sense of self (ego) that will veil your true light (Self-being-essence) from shining through.

As you are being aware of your thinking and feeling, you are unveiling your inner body hidden underneath the 'noises' of your thinking and feeling. Those noises (frequencies) can become very dense and opaque, including what you take as you 'body'. As you become the witness or observer of the dreams of form, space and time, you make your body, thinking and feeling transparent, without having to shut them off. No more violent waves (thinking) and 'bad weathers' (feelings) to obscure your inner body to glow and shine.

The longer you can be aware (witness or observer) of the noises of your thinking and feeling, the more they lost their power (grip) over you; the less opaque they become (more transparent); the larger the gap (opening or door) to enter your inner body and let it glow and shine. 

Now, you are ready to journey within, to search and rescue your true Self, hidden or obscured (veiled) by your false sense of ego (created by thinking and feeling). From there, your may return to your true nature, destination, the Hidden, the Secret, the abode of eternal Love and Peace, the place of Return, the Source, the One, with no opposite, no binary - a state of Oneness and Union.

But please remember, these are just words. Words are mere pointers, signposts, representations, mediators, bridge, language. They are still mind created forms. They are not the pointed, the signified, not the One, not the Source. The Source can only be experienced, but not 'explained' or 'described'.  The One, the Source, is not the 'explanation' or the 'description', not the sign, not the language, not the representation, not mind forms. So, don't stay and hang on to words, you can't find your true Self and the Source in mind forms, in words, created by thinking and feeling. 

Nonsensical? Mumbo-jumbo? You decide and chose what form of thinking and feeling to wear. But they are your dress, your tool, not YOU. They are just transient dresses that come and go, exist as manifested forms in binary opposites, or oscillation of positive and negative, good and bad, happy and sad. You can never find your true Self in them. Now, when I say 'YOU', I'm not talking to the thinker, but to the witness or observer of the thinker.  

I'm talking to the witness who is experiencing the transient process of thinking and feeling, not the thinking and feeling, wokay. I am connecting to the witness, in our journey to return to the ONE.

Hello!!



       

MENYERAH

$
0
0
Seorang murid bertanya pada gurunya, "Saya selalu cakap pada diri sendiri terutama bila berlaku sesuatu musibah, berserahlah pada Allah. Tapi saya masih lagi tak tenang. Macam mana nak tau yang saya dah betul-betul berserah?"

Guru jawab, "Bila kamu rasa dah tak perlu tanya soalan ni lagi."

NAIK SAKSI

$
0
0
"Wahai minda yang memancarkan pengalaman ruang-masa, fikir dan rasa, juga pengalaman jasad-fizikal. Wahai minda yang memancarkan mimpi benda yang sebenarnya tiada, ........KAMU BUKAN AKU. Wahai minda, kembalilah pada syahadah, agar kamu tidak lagi boleh berpura-pura menjadi AKU."

Yang benar
(Saksi SEDAR yang memerhati minda memancarkan pengalaman ruang-masa, fikir, rasa, jasad fizikal dan mimpi benda)


SEBELUM TERZAHIR

$
0
0
Sebelum kata-kata ini tertulis,
......ia di mana?

SEBELUM TERZAHIR (BAHAGIAN 2)

$
0
0
Sebelum ide yang mencetuskan kata-kata yang tertulis ini terbit dalam minda,
......ia di mana?


ZIKIR SETIAP SEKARANG

$
0
0
Duhai yang sedang membaca
apa jua fikiran yang tercetus semasa kata-kata ini dibaca
apa jua perasaan yang terbit semasa kata-kata ini dibaca
semuanya hanyalah gelombang

Gelombang fikiran dan perasaan datang dan pergi
muncul dan hilang
yang jika dibiarkan terus berkocak tanpa 'disuluh'  'penyaksian kamu'
boleh menjadi ombak besar
yang berpura-pura menjadi kamu
hingga kamu hanyut dan lemas dalamnya.

Duhai roh yang sedar
cahaya tenang abadi
dalam dakapan Ada yang Hakiki
pancarkan tempias cahaya
agar segala pergantungan pada fikir
segala pertautan pada rasa
segala ketagihan pada identifikasi diri yang palsu
segala obsesi pada situasi, pada alami mimpi jasad dan benda
hilang lupus bersih lutsinar
persis hilangnya kotoran tompok hitam degil dan keras
di atas kaca pelita
yang mengizinkan cahaya pelita menembusinya

Duhai kebisingan gelombang fikiran dan rasa
yang terus degil mencipta ilusi diri yang palsu
menghijab cahaya
mencipta tompokan situasi demi situasi alami
termasuk situasi 'membaca' kata-kata ini
Sekarang
dan
Setiap Sekarang

DIAM DAN HILANGLAH
dalam cahaya zikir
setiap sekarang
yang abadi



DEMI MASA - SURAT PADA SEMALAM, ESOK, HARI INI DAN SEKARANG

$
0
0
Kehadapan semalam yang telah terjadi dan diredhai,
Aku maaf dan terima kamu seadanya
SEKARANG
dan dalam dakapan Kasih Abadi
cahaya zikir 
setiap
SEKARANG
yang BAGUS, BAGUS dan BAGUS

Kehadapan esok yang belum terjadi dan bakal diredhai
Aku maaf dan terima kamu seadanya juga
SEKARANG
dan dalam dakapan Kasih Abadi
cahaya zikir 
setiap
SEKARANG
yang BAGUS, BAGUS dan BAGUS

Kehadapan semalam dan esok
yang 'sebelum' dan yang 'akan'
yang telah tertulis dan bakal ditulis
'kuasa', 'pengaruh' dan 'rasukan' kedua kamu hilang
dalam dakapan Kasih Abadi
cahaya zikir
setiap SEKARANG
yang BAGUS, BAGUS dan BAGUS

Duhai semalam
engkau sudah tiada
Duhai esok
engkau belum tiba
Duhai hari ini,
engkau adalah esok untuk semalam
semalam untuk lusa
Ilusi minda
permainan rasa
punca lupa

Duhai SEKARANG
Hanya dalam kamu saja
aku didakap
Cahaya
Kasih
Abadi
hadir dan ada
yang selamanya
BAGUS, BAGUS dan BAGUS


Yang benar,
KEBENARAN

'CAHAYA MATA' DAN 'TERANG HATI'

$
0
0
Ada orang hanya mempunyai anak, bukan 'cahaya mata';
Ada orang hanya memiliki ijazah sarjana muda, sarjana dan Phd, bukan 'terang hati'.

POST-INSTITUTION

$
0
0
I was recently invited to attend a 'general discussion' on 'The Role of Institutions in the Malaysian Art Infrastructure', at the Galeri Petronas on Wednesday, 2 April. I could not make it. Nonetheless, I was asked via a letter from Shuryati of Petronas to share some feedback in regards to 'the developments and activities of institutions involved in Malaysian art", perhaps in reference to my seven years experience of running the Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM). Several objectives were underlined by the letter, all of which are pertinent. Challenges and issues regarding to the roles, responsibilities and relevance of institutions were also mentioned.   

It has been close to two years since I left MGTF, and I am not anymore wearing any kind of institutional dressing. I'm still with USM though, on a study leave. But I'm not sure whether I can speak on behalf of an 'institution', in this case, MGTF or even the School of the Arts USM anymore. Perhaps, my feedback can be taken as my personal interpretation, action and reflection on the topic, predominantly based on my experience with MGTF. This feedback is long, so better sit back comfortably, especially those with low attention span. To make it even worse, this blog does not have any image at all. Here we go.

First, the term 'art institution' has to be properly defined and contextualized. We are living and breathing in the post-institution age where everything is hyper-connected and inter-dependent. Deploying the rhetoric and binary of independent vs institution (as deployed by some), may not be relevant anymore.

But unless we can get over those easy demarcation and lazy dichotomy and stereotyping of institution vs non-institution (independent), we are not ready to enter the "AGE OF SHIFTING CONSCIOUSNESS AND COLLECTIVE AWAKENING".

In fact, in so many ways, 'independent' or not, we have been 'institutionalized' since birth. I'm not going to get into this further. My point is that we have to be a bit more specific in discussing about art institutions to avoid lazy generalization and stereotyping.

Anyway, those interested in reading my rantings  on 'post-institution' and the rhetoric of independent/non-institution, here are the links. These are rather important pre-requisites before we engage with 'institutions', at least for me. Of course, if one doesn't like them, they can just trash the rantings:



Having highlighted that, allow me to contextualize MGTF through the following points:

1. 
MGTF is a public university museum and gallery (established in 1972, officially opened as Muzium & Galeri USM in 1982, expanded to include science and technology in the 90s and re-branded as Muzium & Galeri Tuanku Fauziah in 2007). MGTF has a long history (second museum and gallery to be established in the local public university, after the University of Malaya), with many names and landmarks too lengthy to write here.

2. 
It was initially headed by a 'curator', which was later designated as a 'director', appointed by the Vice Chancellor. I was 'borrowed' from the School of the Arts to serve as the Director from 2005 until 2012, but my permanent position in USM is still a lecturer. MGTF's current director is Mr. Zolkurnian Hassan who is also a senior curator at USM.

3.
In the USM departmental structure, MGTF is placed directly under the purview of the Vice Chancellor and categorized as a 'Servicing Department'. This is correct until 2012. I can't speak on its current 'position' now. There are many implications related to MGTF's 'positioning' in the bigger university structure. Amongst them include its vision and mission, its objectives, its roles and functions, strategies and job specs, operational budget and allocation, 'tabung', human resource, physical infrastructure and many more.  

4.
MGTF is a museum and gallery that combines both the arts and sciences in its research, publication, collections, exhibitions, support programs & audience development activities.

5.
MGTF is a member of the International Committee of Museums (ICOM), University Museums and Collection (UMAC), Persatuan Muzium Malaysia and University Museum Network South East Asia (UMNET) and its Malaysian chapter (MyUMNET). The last two are not official yet.

6.
MGTF's vision and mission, roles and functions, have been underlined, amended, upgraded and updated from time to time since 1972. Yet, central to them has always been the initial policy paper drafted by T.K. Sabapathy (1973). They also have to compliment USM's vision and mission as well as its institutional roles and functions. USM itself, responds to the larger national, regional and global imperatives in positioning itself. USM's and MGTF's current vision and mission, roles and functions can be obtained through their current PR materials. I'm not sure whether they have been changed or not after I left.
 
7.
I had my own interpretations of MGTF's vision and mission, roles and functions. They were contextualized within the several issues, settings and challenges. I approached these contexts as 'pathways' for creative potentials. For me personally, critical to the issues, settings and challenges is 'epistemological', or how I position, define, approach, use, apply and experience knowledge, both the arts and sciences.  All the issues, settings and challenges have provided ample opportunities for a set of paradigm shifts and transformation to take place in regards to epistemology, including the ways I approached MGTF. The shifts and transformation can bring about what I like to fancy as collective awakening in a post-institution age. Here are some of the 'pathways':
 
7.1.
Knowledge in a globalising world, post-colonial awareness, colonial cosmopolitan, de-colonization of a university museum and gallery, humanizing university ('humaniversity' or 'multiversity'), indigenization of knowledge, local and regional values, sustainability
7.2
Positivist(empirical/scientific) vs interpretative methods of approaching teaching, learning and research; interpretative methods as comlimentary in exploring the theme of sustainability in dealing with subjective human experiences (identity, gender, ethnicity, psycho-social condition, deeper meanings, spirituality, higher ideals) 
7.3
New approach to history (non-linear), cultural studies, convergence of the arts and sciences, trans-disciplinarity (example : art+design+new media+communication+mind/brain/learning+neuroscience+quantum physic)
7.4
Liberal capitalism, global market, information and new media implosion
7.5
Beyond 'thinking' and 'feeling' - meta-cognition, higher consciousness, neuro-science, quantum physics, re-proaching creativity, expanding intuition, higher self, 'spiritualism', healing, global 'awakening', wisdom and universal intangible values in the age of fragmentation
 
8. 
Contextualized by the 'pathways' above, the following are my interpretations of MGTF's vision and mission, roles and functions:
8.1
MGTF is an extension and translation of USM as a sustainable garden of knowledge in both the arts and sciences. It is a site where local and regional repository of heritage and knowledge are continuously planted, gardened, nurtured and sustained to enlighten its visitors, clients and stakeholders, predominantly schoolchildren and USM students (based on the findings of MGTF's audience research (2010).
8.2
As a garden of knowledge, central to its activities are teaching, learning and research in both the arts-culture and science-technology. These converging activities encompass the physical, mental and emotional dimensions of human experiences, anchored by universal spiritual values, based on a set of guiding principles (will be listed later).
8.3
I looked at my duty then as the chief 'gardener' and MGTF as a small garden. Together with the other staff members, we planted, gardened, nurtured and sustained the values (especially intangible). I also took my duty like a film director - to create different changing and always fresh 'settings' for favorable characters, thinking, emotions, actions, dramas, stories and events to unfold.

9. 
The following are several examples of guiding principles  (inspired and based on Asia's traditional key design principles found in many forms of traditional arts and cultural practices throughout Asia) that I used as my reference in running MGTF:

Portable, human-friendly, visitors/audience-centered, visitors/audience/stakeholders also contribute in creating their own visiting and learning experiences, modular and adaptive, micro-macro in complimentary symbiosis, emphasis on choice, interconnected and interdependence, contextual, non-linear, repetition, cyclical, interactive, flexible, convergence, trans-disciplinarity.

These guiding principles were applied and embedded in the following aspects of running MGTF:

Human Resource, Finance, Physical Development, Collection and Acquisition, Research, Publication, Exhibition, Support Programs and Audience Development, Professional Services and Consultations, Public Relation/Networking/Marketing/Branding. 

Tangible examples and further details in regards to the above especially in regards to collection, research, publication, services, audience study, curatorial strategies, key performance indicators (KPI), relevant statistical data, can be sourced from several documents and writings/papers, some of which have been presented and published in seminars, conferences, conference proceedings and books (especially those published by MGTF itself). Further listing can be provided upon request.

10.
The guiding principles above were also deployed to propel several key shifts or transformation strategies. I have written about them many times including in this Jiwa Halus blog.

Here's the link:

For those who are too lazy to browse, here's the whole essay, with minor changes.

Many people had asked me about how I run and transform Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM). Unfortunately, I can't give them straight answer most of the time. Perhaps, it is due to my lack of 'academic' background in organizational and human resource management, business planning and brand development. I don't have a Phd in those things. Heck, I don't have a Phd in anything (at least, not yet). Most of what I've done came from my scattered readings, asking people (in the business of running a museum and gallery or anything to do with them) and most of time, 'practically' testing my own hyphotesis (on several key issues related to museum and gallery). 
But I do have my own list of key principles on what clever people would call 'paradigmatic shifts'. They were taken from several sources (reading materials, practical actions and personal experiences). I guess such shifts can be applied to many other situations as well.
So here we go:
 
Transformation from (In governance)• GOVERNMENT CULTURE to SUSTAINABLE CULTURE • MAINTAINING STATUS QUO to TAKING RISK • ENLARGEMENT to CONVERGENCE • RETAINING SIMILAR METHOD to CHANGE OF DIRECTION
(In working culture) : • From KISS ASS to INTEGRITY • COERCIVE to INSPIRATIONAL• PASSING JUDGMENT to GIVING MOTIVATION • GIVING COMMANDS to SHARING KNOWLEDGE• SECRETIVE to OPENNESS • WORKING ALONE to WORKING AS A TEAM • DEMANDING PRAISES to GIVING ACKNOWLEDGMENT
(in management culture) :• From FIGHTING THE DARK to EMITTING LIGHT • MANAGING to INSPIRING • FOCUSING ON TODAY’S CRISIS to DEALING WITH TOMORROW’S OPPORTUNITIES, NOW• REACTING TO CHANGE to INDUCING CHANGE • CHEERLEADER to VISIONARY • CONTROLLING OTHERS to EMPOWERING OTHERS• PUNISHING BAD BEHAVIORS to ENCOURAGING GOOD BEHAVIORS • FINDING FAULTS to SOLVING PROBLEMS • LONE DECISION to CONSULTATIVE DECISION • CENTRALIZED to NETWORKED
Plus many-many more scenarios of transformation that our mind can imagine.
Hijra to the road of fitrah (after a series of several workshops and teh tarik kurang manis sessions) :
• Open-minded• ‘Participative’, • Cross-disciplines• Transparent• Prudent• Confident• Balanced• People-friendly• Nature-friendly• Gender-sensitive• Diverse • Tolerant• Creative• Innovative• Risk taker• A sense of humor• Hard work & fast• Think visually• Good psychologist• Set high standard• Strategic thinker • Research-minded• Power of analysis balanced with a ‘blink’ sharp instinct/intuition• Imaginative• Trustworthy
Everyone is a 'leader'. Everyone is a winner. Remember those millions of zygots swimming along with only one (winner) managed to fertilize the egg....to become 'me'. Every soul is an emitting light. A good transformative leader will bring others back to traits that are closer to our fitrah - light, passionate, innovative, focus on ideas, inspiring, eyes on horizon, long-range scenarios, vision grounded in values, humble, comfortable with oneself, honest, just, most of all, full of love and joy.
A leader makes peace. Pray that we all become one, who is peace (salam).
In regards to the arts, perhaps the shifts here may spark few frequencies here and there, from lower vibration to higher ones...
FROM Singular or master narrative (read Euro-American) TO discourses and multiple (small) narratives
FROM Passively safe TO provocatively challenging, insightful and meaningful
FROM Aesthetic only TO cultural studies
FROM Formalism only TO multiple methodologies
FROM Modern only TO beyond post-modernism or whatever 'ism'
FROM Homogeneity TO trans-cultural
FROM National only TO regional & global
FROM Exclusive TO inclusive or participative
FROM Mass(mess) media TO multimedia/new media
FROM Status-quo (for abuse & unjust domination) TO deconstruction (of whatever that is abusive/unjust)
FROM Rigidly prescriptive, given & predetermined TO choice
FROM Nation-state TO trans-national
FROM Independence TO interdependence
FROM Centralized TO multi-centers
FROM Singular discipline/media/medium TO trans-disciplines/cross-media
FROM Linear TO non-linear
FROM Form TO information (and value)
FROM Fixed and frozen (dead) TO change and flux (alive)
FROM Content TO context
FROM Singular meaning TO multiple meanings
FROM Product TO time
FROM Mass TO customization
FROM Artist as the controller or artist-centered TO artist as facilitator or audience-centered
FROM Review of end product or summative TO review of process or formative
FROM Sequential and single direction TO cyclical, simultaneous, concurrent and multi-directional
FROM Isolated specialist TO multi-skilled expert
FROM Hierarchy TO network of relation or web
FROM Physical skill TO thinking or mental skill TO intuitive skill
FROM Product-centered TO services or user-centered
FROM Global competition TO global collaboration
FROM Dominance TO synergy
FROM Passive audience or consumer TO interactive audience or prosumer
FROM Physical attributes TO intellectual attributes TO emotional attributes TO spiritual attributes
FROM Fractions TO convergence
FROM 'Zahir' TO 'Batin & Zahir'

FROM 'lower consciousness' TO 'higher consciousness'

FROM form TO spirit 

FROM thinking TO intuiting

Those on the right side of this transformative shift are perhaps more friendly or healthy to the true nature of our mind and more importantly, our soul. They will hopefully unveil the inherent creativity in all of us.
Berhijrahlah sayang, demi masa mu.


11.
I have also written (or rather ranted) few thoughts and feelings in regards to running MGTF. Here's the link:



I hope this entry has provided the requested feedback from Petronas , especially Shuryati who has been persistence in politely reminding me by phone to give my feedback. Now I can resume my art of doing nothing. 

Happy "BEyond seeING".



     



   

ZIARAH KEBUN LAMA

$
0
0



Menziarahi para sahabat tegar yang terpelanting ke tapak-tapak kebun yang pernah saya buka dan usahakan di Sarawak dan Sabah dulu, adalah penawar yang mujarab. Mengadap dan menjamah juadah perut secara berjemaah, adalah ubat yang berkesan. Berkongsi getaran dengan anak-anak muda yang merantau jauh mencari ilmu hingga ke UNIMAS dan UMS, adalah penyembuh semulajadi yang menyah-toksid. 

Kepada kawan-kawan di UNIMAS, terutama Anuar Ayob (dan isterinya Ikin yang jamu masakan ala-Italy dan kemudiannya nasi ayam dgn sup power), Dr. Wan Jamarul yang masih rajin sedekah senyum, Dr. Hasnizam yang masih tak hilang sentuhan listrik gitarnya, Zulkarnain yang masih maintainsideburn Elvisnya, As yang kecil cili padi, Nain dan Masing bangla import yang taat, Din 'Mr. Malaysia' yang semakin seksi, Rasyid yang masih tak hilang business acumen nya, Dr. Afifah yang sudi jemput nonton rehearsal teaternya, para pensyarah Seni Visual di FSGK yang masih sudi dengar leteran saya, dan para pelajar tahun akhirnya yang masih tercari-cari diri, saya hantarkan gelombang salam kasih pada semua. Terima kasih tak terhingga kerana masih tak serik melayan ziarah saya kembali ke kebun lama. 

Kepada kawan-kawan di UMS, Fuad, Zaime, Yati, Dr. Baharuddin Arus, Johari, Amirul, Addley dll, juga para pelajar tahun akhirnya, saya hanya mampu balas dengan doa je.

Hargai dan peliharalah kebun masing-masing dengan penuh kasih-sayang, sementara kita masih diamanahkan menjadi pekebunnya, dan sebelum sampai masa kita perlu (atau diarahkan) meninggalkannya.  

ANTARA "GODZILLA" DENGAN "TURALI".

$
0
0

Nana, Delly, Mia dan Nina. Malam kelmarin Abah nonton 'Godzilla' sorang-sorang di 1Borneo Hypermall. Bolehlah layan. I miss all of u, Abah balik nanti kita pi tengok wayang.

Semalam, Abah nonton sesuatu yang jauh lebih mendamaikan jika dibanding dengan Godzilla yang mengamuk di pawagam.
  
Semalam Abah mengalami hasil karya Hannah Kong yang manis. Abah ucap terima kasih pada dia, kerana berkongsi mitos tentang 'Turali' - alat seruling tradisional Sabah yang ditiup dengan hidung. Abah jatuh hati dengan naratif visual dia yang ringkas, comel, lembut, sayu dan manis, menerusi kaedah pemetaan video (projection mapping) yang inovatif dan kreatif. Penataan artistik dia ada kuasa tarikan dan daya mengekal perhatian, hasil gabungan animasi komputer dengan set model 3 dimensi yang dibina dengan kertas.  Ia jauh lebih aman dari amukan makhluk mutan yang bergusti dengan Godzilla yang gendut. 


Kepada Hannah Kong, 

Sebagai antara pekebun awal yang menanam benih program Teknologi Seni Visual di Kebun tempat anda menanam benih ilmu, karya anda membuat saya bahagia. Ia persis hasil buah yang telah lama saya bayang dan idamkan; yang telah lama saya tunggu sejak saban tahun menziarah kebun lama saya di UMS untuk meninjau dan menikmati hasilnya.  


Karya anda, walaupun masih ada beberapa kelemahan kecil, tapi penuh potensi. Ia tidak lagi terkepung oleh batasan bidang, atau dikekang ketaksuban disiplin ilmu yang dipecah-pecah, atau dipasung oleh kejumudan cabang-cabang seni yang seringkali suka diasing-asing, dikasta dan dijadi bahan takbur. Ia bebas dari dirasuk oleh toksid keangkuhan seniman satu dimensi.  


Ia membuktikan bahawa kembali kepada tradisi tidak bermaksud kembali kepada zaman kuno atau kemunduran, seperti yang jenuh dikhutbahkan oleh fahaman modenis totok berkiblat mimpi benda. 


Takpa, tak usah khuatir jika ia tidak dapat diangkat atau dijulang atas padestal galeri komersial, mahupun ruang-ruang institusi seni visual kontemporari. Karya anda bebas dari kepungan empat dinding galeri seni halus mahupun paradigma seni moden. Ia seakan mengiyakan tanggapan (hipotesis) saya bahawa transformasi dan inovasi kreatif lebih banyak berlaku di luar kekangan galeri, swasta mahupun institusi kerajaan.

 
Karya anda merentas bidang, menggabungkan ilmu komunikasi grafik, rekabentuk karektor, animasi, muzik, rekabentuk set dan pameran, rekabentuk persekitaran, suntingan digital, rekabentuk naratif, penulisan kreatif, pendidikan (kognitif), pelancongan dan kelestarian tradisi dan warisan tidak ketara (intangible oral heritage). Konsepnya merujuk pada penyegaran-semula mitos dan cerita rakyat tradisional dalam bentuk persembahan hibrid berasas teknologi visualisasi media baru. Inilah jenis buah yang diidamkan oleh saya, Fuad Bebit dan aruah Zul semasa kami mula membuka tapak kebun program teknologi seni visual dulu (merangka kurikulumnya). 


Lebih manis jika dapat dimanfaatkan sebagai wahana untuk memujuk  kanak-kanak dan generasi muda untuk menyayangi kekayaan mitos serta cerita rakyat dalam budaya tradisi di Sabah. Alangkah molek jika dapat disambut oleh mereka yang terlibat dengan sektor pelancongan, seni dan warisan, agar karya anda dapat membawa manfaat kepada lebih ramai rakyat Malaysia, bukan hanya segelintir elit mahupun kumpulan kecil yang suka syok sendiri.


Saya doakan anda dapat meneruskan apa yang telah anda usahakan ini, sambil membuka potensi diri menerusi inovasi dan transformasi berterusan. Inovasi dan transformasi adalah anjakan dari yang 'jahat' kepada 'yang baik'; dari 'yang negatif' kepada 'positif', dari 'kesedaran rendah' kepada 'kesedaan tinggi', dari 'kasar' ke 'halus'. Transformasi adalah mendaki 'makam' (tingkatan) kesedaran diri, untuk pulang kepada cahaya fitrah diri yang sebenar. Transformasi begini membina peradaban, bukan setakat pembangunan harta-benda. Jika dibangunkan harta-benda saja seperti tumbuh terpacaknya bangunan-bangunan moden pencakar langit di kota-kota mega, mungkin bakal diruntuh, dimusnah dan dijahanam oleh gusti antara Godzilla dengan makhluk mutan pemakan kuasa nukluear yang dibekal oleh manusia sendiri (yang hanya bijak, tapi bukan 'terang hati'). 

Salam sejahtera untuk isteriku Nana, anak-anak ku Delly, Mia dan Nina, Hannah dan semua anak-anak 'pekebun muda' di Sekolah Seni UMS.
 



PESANAN UNTUK AHMAD HUZAIRI

$
0
0

Kepada Ahmad Huzairi,

Nanti, bila sudah digelar seniman seni kontemporari muda tersohor,
bila sudah dilamar banyak galeri-galeri komersial,
bila sudah mengadakan beberapa pameran solo,
bila karya-karya sudah dibeli, dikumpul oleh para kolektor yang hebat-hebat dan kaya-kaya,
bila rezeki bertambah murah, duit makin melimpah, 
bila sudah mampu beli tanah,
bila sudah mampu bina rumah besar, beli kereta besar dan segala benda-benda yang besar,
bila sudah mampu bina studio yang selesa, lengkap dengan segala bahan, peralatan dan perkakasan yang serba-lengkap
bila sudah selesa dan mewah berkarya, sambil makan gaji duit rakyat tiap bulan,
bila sudah dijemput menyertai banyak pameran-pameran besar di luar negara,
bila sudah terkenal
bila sudah dipuja, dijadikan ikutan, dijadikan bahan anutan........

Berhati-hatilah dengan hijab BODOH-SOMBONG, LUPA DIRI, ANGKUH, EGO, MUNAFIK, HIPOKRIT, BONGKAK, HANYA PANDAI MENYALAHKAN ORANG LAIN, KUTUK DAN KOMEN PASAL ORANG LAIN DAN SEGALA BENDA KECUALI DIRI SENDIRI, TAK RETI NAK HORMAT ORANG LAIN, JUMUD DALAM KEPUNGAN KEMAHIRAN, TEKNIK DAN BAHAN YANG ALLAH PINJAMKAN, BERLAGAK MACAM PRIMADONA, SENTIASA RASA TERANCAM DAN TAKUT DENGAN BAKAT DAN KELEBIHAN ORANG LAIN, BERBURUK SANGKA, PEMBIAK BENCI, PENDENGKI-PENGHASAD, MEMPERALAT ORANG LAIN, TAK RETI TEPATI JANJI.

Berkarya dan karya-karya anda bukanlah makam kekal untuk bermegah, atau berserakah, bergah, bergasak, berlagak. Ia bukannya berhala, bukannya HIJAB yang menjadi tabir menutup kamu dari menyelak ke dalam diri. Ia tidak mendefinisikan kamu, ia bukan kamu.

Berkarya dan karya-karya anda hanyalah denai ujian untuk mengenal diri, untuk kembali kepada cahaya fitrah.

Sekian, pesanan tanpa penaja, tanpa penaung politik, tanpa pemodal, tanpa perasmi, tanpa cendera hati, tanpa jamuan high tea mahupun dinner, tanpa sebarang acara mahupun agenda.

Salam sejahtera dari saya,
yang pernah dikepung, dipasung dan ditabir beberapa hijab mimpi benda yang tersenarai di atas. 

Tautan berkaitan:
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/01/matrix.html
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2013/01/matrix-ums-2013.html


MANDI DARAH DI SABAH.

$
0
0

Kalau kita baca atau dengar perkataan "Mandi Darah" (Blood Bath), pasti kita kaitkan dengan perang, bunuh, konflik. 

Semalam, saya ber'mandi darah'.

Sabah dalam paparan media perdana sejak kebelakangan ini, semakin tepu dihimpit cerita 'mandi darah', terutama yang berkait jenayah penculikan dan keganasan pengganas Sulu di perairan berdekatan dengan Selatan Filipina. Agak jarang didedahkan tautan sejarah sosial, budaya dan warisan yang sudah lama terjalin sejak beratus-ratus tahun dahulu di kalangan masyarakat yang menghuni gugusan kepulauan kecil antara Sabah dengan Selatan Filipina.

Ku Mohd Khairul Zaidi membawa saya kembali kepada lagenda asal-usul Pulau Mandidarah yang terletak di daerah Pitas. Namanya unik dan brutal, membuat kita tertanya bagaimana nama sebegitu boleh timbul. Begitu juga dengan nama-nama gugusan pulau-pulau kecil sekitar Kudat. Bila dicungkil, sejarah lisannya berkait rapat dengan Filipina, terutama Mindanao.  Air laut di satu lokasi tepian pantai di Pulau kecil ini berwarna merah macam darah (yang mungkin boleh dikaji secara saintifik). Namun, dokumentari ini melihat fenomena alam ini dari sisi sastera, lagenda dan tradisi oral. Lagenda dan mitosnya juga unik dan menarik, boleh dijadikan bahan membuat filem cereka, malah mungkin lebih menarik dan dekat di hati dibanding dengan mitos Viking-doom.

Lagenda Mandidarah ini disampaikan dalam bentuk dokumentari yang menggabungkan kaedah naratif verbal, imbas dan lakon-semula, temubual (penghuni Pulau dan pakar-pakar sastera), montaj found footage, time-lapse, komposit life-action dengan animasi 3D dan info-grafik. 

Sebagai hasil tangan seorang pelajar yang baru berjinak dengan dokumentari, ia boleh dianggap bagus, terutama kerana subjeknya unik. Walaupun agak 'skima', sarat dengan bahasa visual dokumentari totok dan tidak 'dekonstruktif' seperti beberapa dokumentari eksperimental yang pernah saya tonton, ia boleh saya layan. Malah, amat bermanfaat juga jika dapat dikongsi dengan masyarakat luar, seluruh dunia. Pada zaman youtube kini, ini boleh dilakukan dengan mudah. Mungkin perlu mantapkan terjemahan Bahasa Inggerinya, dan sunting sikit beberapa lemak-lemak efek 3D yang adakalanya terlebih masak. Mungkin juga boleh ditemubual beberapa saintis biologi samudera untuk beri pandangan tentang fenomena air pantai warna merah dari sisi sains.

Terima kasih dari saya pada Khairul, kerana mengajar saya tentang sejarah, mitos, lagenda dan cerita rakyat yang jauh lebih dekat, berkat dan melekat jika dibanding dengan cerita-cerita 'mandi darah' pengganas yang sering dikaitkan dengan perairan Sabah. 

MENGAUM DI PAWAGAM "MATRIX 2014" UMS.

$
0
0
Masuk kandang rimau, mengaum. Masuk kandang kambing mengembek. Masuk kandang Sekolah Seni UMS (kini digelar Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan), saya lupa mengaum mahupun mengembek. Cuma sebut "Fuyooooo....". 

Sekali lagi, persis ritual tahunan, saya kembali ke kebun lama tempat saya membenih tapak untuk program sarjana muda Teknologi Seni Visual, di UMS. Ziarah saya pun berkat kesudian rakan-rakan di UMS yang agaknya tak serik menjemput untuk meninjau dan menilai hasil kebun (projek tahun akhir para pelajar Teknologi Seni Visual). Sejak kali pertama ke Sabah semasa masih menuntut di UiTM dulu (1987), ia sudah menjadi antara destinasi wajib untuk saya kunjungi setiap tahun (selain dari makan makanan laut bakar di Pasar Filipina).  Sebah dekat di hati.

Saya terkejut dan teruja disambut enam diorama gagah, dramatik dan amat bernafsu seolah-olah memasuki ruang lobi sebuah pawagam. Saya diberitahu oleh Aznan Johary (pelajar yang menjadi pemandu sambilan untuk saya) dan Amirul (bekas pelajar yang kini sedang menyiapkan tesis sarjana) bahawa diorama penuh ghairah tersebut dihasilkan sebagai promo untuk lima projek filem pendek dan satu dokumentari pelajar. Ini diikuti pula oleh perang poster, ambiance advertising dan booth untuk lapan animasi. Semuanya boleh diberi markah tinggi dalam skala 'gempak'. Dalam dunia yang mabuk dibebas, dikebas dilibas ekonomi global yang sengit bersaing dan berperang secara saraf, kemahiran dan kepintaran membuat 'gempak' memang diperlukan. Ia berfungsi membina kemenangan moral dan psikologi, ataupun mencipta persepsi, kekaguman serta keterujaan. Syabas!!

"Mengayau Kaum Murut" oleh Helmy Mohd Ramlee
 
"Tanggung Pengawa" oleh Muhammad Nurdin Mustain

""Pilak" oleh Mohd Ridhuan

"Jessie", animasi comel oleh Carmen yang cuba mempopularkan alat muzik sape Sarawak kepada golongan kanak-kanak.

Yang paling ghairah berkarya menerusi filem pendek (yang panjang nafsunya) ialah lima pelajar - Mohamad Sopi Mat Hashim, Muhammad Nurdin Mustain, Helmy M Ramlee, Alfersons Afandy Jakius dan Ridhuan Seman . 

Mohamad Sopi paling rajin dengan bernafsu besar buat filem aksi yang boleh dikategorikan sebagai 'melampau' untuk seorang pelajar.  Kesungguhan beliau meredah dan merempuh risiko membuat pengambaran aksi tembak-menembak atas laut dan dalam hutan boleh dijadikan contoh. Begitu juga dengan Nurdin, yang berani-mati bermain dengan cerita penyiasatan ala-CSI dengan plot serta suntingan 'non-linear' yang kreatif. 


Mohd Sopi beraksi macho depan front cinema ambiance showcase nya.

Yang paling mengujakan adalah filem 3D "Mengayau Kaum Murut" oleh Helmy, yang menggambarkan budaya 'pemburu kepala' suku kaum Murut dahulu. Mungkin saya ketinggalan zaman, tapi belum pernah saya tonton filem pelajar dalam bentuk 3D siap dengan cermin mata 3D. Memang 'gempak', tapi sayang sekali, gempak pada pakai cermin 3D je. Pada saya, Helmy sepatutnya memandu teknik 3Dnya menerusi produksi video digital dalam konteks pemasaran pelancongan, bukan dalam konteks tayangan filem cereka di pawagam. Teknik 3Dnya mungkin lebih sesuai diguna untuk memaparkan visual spectacle dalam shot-shot pemandangan atau landskap mendatar (horizontal) di Malaysia (seperti di tepian pantai, atau di gunung Kinabalu), lengkap dengan objek-objek foreground, middleground dan background yang disusun dalam olahan 3D. Shot-shot ini boleh dipapar menerusi susunan beberapa flat screen tv yang memanjang, atau dipancar secara pemetaan video yang besar dan gah di dinding bangunan-bangunan ikonik. Atau mungkin juga visual khazanah alam laut yang terkenal di Sabah, yang boleh dipancar ke lantai dan ditonton dari aras tinggi dengan kacamata 3D yang boleh membuatkan penonton ber'wooooo', 'fuyoooooo', 'waaaaaaa'. Helmy juga boleh menggabung teknik 3Dnya dengan sistem pancaran video cosmodome (180 darjah) dengan penonton berbaring. Lagipun, anda bukanlah diwajib-tayang buat filem kerana ijazah anda adalah Teknologi Seni Visual. Kalau nak belajar, sila datang ke USM, jumpa saya dan rakan saya yang memiliki cosmodome

Filem animasi yang paling menonjol hadir dari kerja Carmen Cheang, Iffah Hazirah (yang mencipta permainan komputer) dan Hannah Kong. 

Apa yang menarik tentang kerja para pelajar ini adalah sifat gotong-royong mereka. Dengan bantuan rakan-rakan dalam program, mereka mengamalkan semangat gotong-royong ala-orang kampung dalam menyiapkan filem masing-masing. Semuanya mengambil giliran menjadi pelakon utama, pelakon tambahan, pak pacak, stuntman, dengan segala tugas-tugas balaci yang lazim diperlukan ketika produksi. Ini merupakan satu perkara yang lumrah. Budaya sebegini patut diteruskan kerana menghasilkan filem adalah kerja berpasukan, bukan stim sendiri sorang-sorang dalam studio.

Walaupun tidak mengikuti kurikulum khusus untuk bidang filem, usaha dan kesungguhan mereka mengalahkan pelajar filem. Halal segala pengorbanan merantau jauh-jauh untuk mengejar segulung ijazah. Dengan bermodal projek filem mereka, tidak ada masalah untuk masuk dalam industri. Yang pasti, potensi untuk kerja dengan Yusuf Haslam atau anak-anaknya, amat besar.  Ada juga yang saya galakkan mohon biasiswa untuk sambung belajar, kalau boleh, di luar negara, dalam jurusan perfileman.

Filem-filem pendek mereka kebanyakannya tak pendek. Ada yang memakan masa dari 20 hingga 30 minit. Keghairahan mereka menyumbat segala ilmu yang telah mereka pelajari perlu dipuji. Keghairahan mereka me'nasi-kandar'kan segala teknik naratif, pengolahan skrip, penulisan dialog, permainan kamera, suntingan dan efek pasca-produksi boleh difahami, apatah lagi dengan jiwa muda.  Keghairahan dan nafsu untuk berkarya amat penting. Saya tabik.

Jiwa muda juga mungkin membuat mereka memilih tema atau topik dan genre aksi keras-keras yang penuh dengan adegan lawan, bertumbuk, bergasak, bertekak, berbunuh, rogol, buli, pukul, jerit-pekik dan menengking-nengking. Saka panas ni sekarang ni popular, baik dalam realiti mahupun fiksyen, baik dalam politik, ekonomi, sosial mahupun budaya, semuanya 'panas', walaupun rancangan "Melodi" sibuk pesan "jangan bikin panas". 

Pengaruh filem anak Yusof Haslam (gensterisma, lawanisma, perangisma) amat kuat dan baunya pekat, buat saya sedikit mual.  Tapi ini saya lah, penonton lain mungkin suka kot, terutama Yusof Haslam. Bahasa naratif visual dalam filem mereka amat terikut dengan filem-filem arus perdana popular Melayu, juga drama-drama popular Melayu yang adakalanya dah basi dan boleh mengakibatkan cirit-birit (mungkin saya sorang je).  Kalau tak setuju takpa, buang je dalam longkang (dengan aksi ganas gansterisme!).

Ada beberapa klise yang sakanya susah nak buang. Contohnya, zaman sekarang ni, orang jahat masih pakai lagi ke stail ketawa dan senyum serta lirik mata 'orang jahat' seperti yang telah dibaku dan dikanunkan oleh filem-filem popular sejak tahun 1950an dulu. Orang jahat mukanya mesti buruk-buruk je ke? Orang baik-baik (hero) mukanya hensem-hensem macam Aron Aziz je ke?.  Kejahatan tak datang dalam bentuk yang jahat dan buruk yang klise. Setan kalau datang nak menghasut kita, dia tak buat announcement, "Hellooo!pengumunan!pengumunan! saya setan! saya jahat! saya datang ni, nak ganggu dan hasut awak!". 

Kejahatan datang secara halus. Ia berselindung di sebalik topeng 'kebaikan', siap dengan serban, ketayap, songkok tinggi, baju batik, baju kot bertali leher, jubah, baju Melayu siap dengan samping, kata-kata manis, retorika mengasyikkan, pujukan mendayu, ayat-ayat power, dan segala yang terlalu mudah dicop secara otomatis sebagai baik oleh mereka yang terhad pandangan batinnya.  

Disebabkan filem-filem mereka tak pendek, banyak juga hal yang boleh dikutip dari segi rekabentuk produksi. Contohnya, baju seragam singlet gengster warna hitam buat saya berfikir mungkin genster sekarang ni juga ada imej jenama, selain dari pandai menggayakan rambut, mungkin ada penaja gel rambut.

Saya faham, tentulah dalam keghairahan, mereka dilemaskan oleh kekurangan ilmu asas pengarahan, termasuk dalam soal pemilihan tema atau topik dan teras cerita yang sesuai (dengan pengalaman masing-masing), pembinaan dan pengembangan watak, casting yang terhad dikalangan kroni,  plot dan suntingan.  

Cerita yang dipilih mungkin tidak direnangi (dikaji) sedalam-dalamnya, apatah lagi semuanya tidak dialami, dilalui, dirasai atau ditempuhi sendiri oleh mereka, baik dari segi fizikal, mental, emosi, malah spiritual. Kebanyakannya dikutip secara sekunder, dari sumber-sumber popular seperti akhbar, majalah, televisyen, sembang-sembang mulut, umpatan dan gosip, atau dicuri dari media sosial. 

Muzik latar yang mengaum tanpa henti sepanjang masa hingga menenggelamkan dialog (ada yang ambil muzik signature filem lain) boleh membuat penonton terpaksa makan panadol activefast dua biji. Lakonan pula, dengan watak-watak yang ramai, yang dibawa oleh kawan-kawan yang tiada asas lakonan, boleh tergelincir menjadi 'raja lawak'. Adegan lawan dan bergasak, kalau tak dikoreografi dengan cerewet dan teliti, boleh jadi adegan beromen atau foreplay antaran pasangan gay. Banyak watak, dialog dan cerita yang ingin dibina berkait orang dewasa dan tua, antara usia 30an hingga 70an, yang tentu sekali sukar dibawa oleh pelakon (tidak berpengalaman) yang masih terlalu muda (20 - 23 tahun).

Membina cerita (yang ada plot dan subplot yang merumitkan), watak-watak (kebanyakannya terlalu ramai), mengembang watak-watak yang ramai menerusi mood dan ekspresi yang boleh dipercayai, mengarah lakonan, menata cahaya, memilih setting, merekabentuk produksi (kostum/busana, set, props dll) kesemuanya merupakan kerja yang rumit. Ini tidak termasuk kerja-kerja pasca-produksi seperti teknik suntingan dan adunan audio (antara muzik latar dan dialog serta audio ambiance). Kesemuanya boleh merosakkan mood menonton jika tidak boleh dilakukan dengan baik. Lebih panjang filem, lebih banyak risiko. 

Kemahiran teknik saja tidak cukup. Hanya tahu bercerita (dalam bahasa kamera dan suntingan), saja, tidak cukup. Perlu  fasih 'merasa', atau mampu membawa penonton untuk 'merasa'. Sudah tentulah sukar untuk membawa penonton 'merasa' jika mereka sendiri tidak pernah rasa, tempuh, lalu dan alami watak-watak dan cerita yang digarap.  Semuanya berpotensi men'doremon'kan filem yang sepatutnya serius dan brutal.

Nasihat saya, buatlah filem tentang sesuatu yang sangat dekat dengan kita, yang pernah kita sendiri lihat, atau lebih baik lagi, yang pernah kita sendiri alami, lalui, rasai. Bila sudah diderafkan cerita dan skrip awal, sunting serta rombaklah berkali-kali, hingga menjadi seringkas-ringkas (namun padat berisi). Biar sikit, tapi pekat, padat dan tepat. Bawalah cerita dengan rasa yang jujur, terutama sekali yang pernah kita alami. Itu lebih afdal. Membikin cerita yang kita tidak begitu 'merasa' boleh tersasar menjadi 'eksotik' je, apatah lagi jika ia berkaitan dengan budaya tradisi di Sabah. Jika tak berhati-hati, boleh tergelincir menjadi paparan Sabah menerusi lensa 'neo-coloninialisma' yang hanya melihat dari sisi romantis yang cetek serta dipentas-pentas.

Gitupun, saya masih tabik pada adik-adik ni atas semangat mereka. Dengan keghairan dan semangat yang ada, mereka boleh pergi jauh, boleh memperbaiki kelemahan dan memandu potensi diri kerana masih muda. Melihat pada keghairahan para pelajar ini, rasanya sudah tiba masa untuk UMS menawarkan program khusus untuk filem. 

Kepada adik-adik para pelajar di atas, maaflah atas sebarang kesilapan, ketersasulan, keterlajakkan kata dalam ketata-susilaan saya semasa mengkritik anda semua. Anggaplah semuanya sebagai rezeki dan anugerah dari Allah. Saya telah dijemput dan dibayar (amat murah jika dibanding dengan pelakon profesional) untuk melakonkan watak itu. Saya harap saya telah melakonkannya dengan baik, dan harapnya bermanfaat, disamping menghiburkan. 

Saya kirimkan doa buat anda, ibu-bapa dan semua guru-guru yang mengajar anda.  



Tautan berkaitan:
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/01/matrix.html
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2013/01/matrix-ums-2013.html
 


ARCA BESI BERDANSA DENGAN PEMETAAN VIDEO.

$
0
0

Belum pernah saya lihat di Malaysia ni, arca besi totok digabung dengan pemetaan video. Saka seni moden yang taksub pengkhususan dan jumud sempadan, lazimnya tak suka pendekatan kahwin campur. Formalisma modenis jarang mesra dengan sebarang teknologi komputer dan media baru. Yang hadir dari teknologi komputer dan media baru selalunya dianggap sarkis dan di'paria'kan oleh saka seni moden.

Namun, gabungan rentas disiplin dan kahwin campur sebegini, saya jumpa di UMS (Universiti Malaysia Sabah).

Ia karya Jayson Jason Japary, berjudul "Tanduo". Dari tajuknya, kita dapat teka, ia berkaitan dengan interpretasi Jason terhadap peristiwa di kampung Tanduo, Sabah. Jason mempersembahkan patung-patung besi seperti askar-askar mainan kecil dalam bentuk intervensi (diletak di beberapa ruang di luar galeri) dan instalasi di atas lantai pasir bilik gelap, siap dengan lampu hijau dan skrin tv. Dari segi kesungguhan dan spectacle, ia berkesan.

Skrin tv membuka persembahan dengan memetik liputan peristiwa tersebut dari media arus perdana, diikuti pemetaan video yang memaparkan efek lampu spot, audio dialog askar dan tujahan peluru yang dipancarkan di beberapa bahagian instalasi .  Ia persis diaroma interaktif yang kini sering digunakan dalam rekabentuk pameran untuk muzium-muzium besar seluruh dunia.

Skrip Jason masih terlalu longgar dan sukar untuk diimani, begitu juga dengan kelemahan teknikal yang sebenarnya boleh diselesaikan. Banyak potensi teknikal, konseptual dan artistik yang boleh diterokai lagi.  Biasalah, ini satu pendekatan yang baru untuk beliau. Walaupun banyak kekurangan, karya beliau menjanjikan potensi penerokaan rentas disiplin yang lebih invoatif, kreatif dan jauh ke depan  di UMS. Ini boleh diberi nilai-tambah menerusi penekanan UMS terhadap sejarah, warisan dan budaya negeri Sabah.

Usaha Jason harus diperakui kerana keberanian menggabungkan dua bidang dalam satu persembahan - seni arca kimpalan besi dengan seni pemetaan video digital (juga bunyian) - antara seni moden dan media baru. Gabungan rentas-disiplin ini adalah pendekatan yang saya dah kempenkan untuk sekian lama, sejak merangka kurikulum program Teknologi Seni Visual untuk UMS bersama Fuad Bebit dan aruah Zul sekitar 2004/5 dulu. Walaupun karya beliau masih ada banyak kelemahan dan kekurangan, ia telah membuat hati saya sejuk. Terima kasih Jason.

Arca besi yang dikimpal, memang dah jadi sebahagian dari pu'saka' seni moden. Pemetaan video di bangunan pula, adalah sebahagian dari ledakan seni media baru. Karya Jason menemukan seni moden dengan media baru. Karya pemetaan video yang paling awal saya pernah lihat adalah oleh Rasyid, pelajar tahun akhir UNIMAS sekitar 2011 kalau tak silap (lebih awal dari yang dibuat di George Town).  Namun, Rasyid tidak pula gabungkan dengan sebarang genre seni moden (catan, cetakan, arca dan lukisan).

Pemetaan video dalam galeri pula sudah dipelopori oleh Haris Abadi, yang beberapa karya pemetaannya kini ada dalam koleksi Seni Halus USM. Saya tak pasti samada karya pemetaan video ada dalam koleksi individu atau institusi yang lain di Malaysia (mungkin di Asia Tenggara juga). 

Alangkah baik jika UMS mengambil langkah bijak, mengumpul, memelihara dan menjadikan karya Jason ini sebagai sebahagian dari koleksinya untuk rujukan para pelajar mendatang, selain dari kepentingan sejarah (sejarah peristiwa, sejarah teknik, sejarah pendekatan berkarya). 

Dalam kerakusan dan ketepuan pasaran, keangkuhan budaya tontonan, kecetekan budaya pemilikan, penjenamaan, pembinaan persepsi dan daya saingan, kejumudan stail dan bahan, pertembungan selera budaya, gaya hidup dan politik kesukuan, segelintir karya-karya yang inovatif, kreatif dan berpotensi dalam senyap sering ditenggelam oleh mereka yang bijak mencuri perhatian menerusi polemik, konflik, kontoversi flash mob yang remeh, mandul fikir, miskin jiwa dan basi. 

Seperkara lagi, tanggapan bahawa segala yang baru dan segar hanya timbul di KL tak semestinya betul sepanjang masa. Kadangkala, ia timbul di pinggiran, di luar lingkaran (seperti di kampus-kampus USM, UNIMAS dan UMS) walaupun selalunya jarang dipeduli atau diberi perhatian. 

Syabas Jason.

Tautan berkaitan:
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/01/matrix.html
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2013/01/matrix-ums-2013.html


GEDIK YANG HALUS, TEKUN DAN JUJUR.

$
0
0


Terima kasih Nur Eliani Halim kerana mengingatkan saya bahawa adalah tidak salah dan tidak berdosa untuk menghasilkan karya yang cantik, indah, gedik, manis, sedap mata memandang, halus, teliti, penuh berkemahiran, tertib, beradab dan bersopan. Bila dilakukan dengan penuh asyik, ghairah, minat, gigih, tekun, jujur dan sepenuh hati, ia halal diterima sebagai sebuah karya yang bagus. 

Tak perlu bersedih jika ia ditafsir sebagai kerja kemahiran tangan atau kraf, yang selalunya dianggap bertaraf rendah atau kelas dua jika dibanding dengan karya-karya seni kontemporari yang bising mengaum dengan sorakan perca modennya. 

Tak mengapa jika tidak diterima sebagai karya agung seni kontemporari untuk paparan dalam galeri. Tak menjadi kesalahan juga jika anda tidak berminat untuk ikut rentak pekikan pasaran seni kontemporari. Tak mengapa jika karya anda dianggap tidak menggigit dan mencubit, dikatakan gedik. 

Tak menjadi kesalahan untuk memujuk orang lain membeli karya-karya anda. Tak perlu segan untuk mengajak orang lain menghargai keindahan khazanah dasar laut. Tak menjadi satu kesalahan untuk menggamit perhatian orang terhadap keindahan dasar laut Sabah. 

Tak perlu nak mengaum, memperli, memaki, mengutuk, mengata, merendah-rendah, memomok, mempermain, mempersenda, memfitnah untuk menjadi seniman agung.

Sejak 1990an hingga kini, sudah lebih 20 tahun saka panas pekikan perca moden mengaum. Ketepuan komentar, kritikan, parodi, kontroversi, konflik, ironi, paradoks, sindiran, satira sosial, politik, budaya, ekonomi yang dah terlalu lama mengaum dalam arena seni kontempoari tempatan dan antarabangsa dah semakin lesu, hambar, klise dan basi. Malah, medan pekikan ini kini sudah diambil-alih oleh media sosial, bukan lagi seni moden mahupun pasca-moden. Yang tinggal hanyalah ritual basi atau ikutan singkat untuk mengejar populariti, mencari perhatian dan mencuri tumpuan. Malah, banyak yang memekik, kini sudah diam selesa dalam koleksi peribadi atau institusi besar-besar di dalam dan luar negara; atau sesekali mengaum dalam katalog dan buku yang ditulis oleh rakan sekentut.


Oleh itu, Eliani, teruslah menghasilkan karya 'gedik' dengan jujur, tanpa sebarang agenda munafik atau hipokrasi. Saya amat menghargainya. 

Saya yakin, ramai yang akan menghargai dan membelinya juga. Jika boleh dijadikan sumber pendapatan, lagi bagus. Anda boleh lakukannya sendiri tanpa perlu terlalu menagih dari orang lain, jika pintar menggunakan kelebihan internet dan media sosial. 

Saya doakan anda murah rezeki yang membawa keberkatan dunia dan akhirat.

Tautan berkaitan:
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/01/matrix.html
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2013/01/matrix-ums-2013.html
Viewing all 2164 articles
Browse latest View live