Quantcast
Channel: Kebun Jiwa Halus (Garden of Fine Heart)
Viewing all 2164 articles
Browse latest View live

DIAM

$
0
0
Diam itu dekat
tapi dihijab oleh kebisingan.

Dalam diam ada pintu
di sebalik pintu ada rahsia,
Siapa diri.

Buka diri dalam diam
Kenal diri dalam rahsia. 



PILIHLAH YANG MANA SATU

$
0
0
Konflik adalah pertelagahan yang berpunca dari dua pihak yang sebenarnya berkongsi matlamat yang sama - menjahanamkan ego pihak lain untuk menaik dan mengembungkan ego sendiri. Selalunya berakhir dengan kedua-dua pihak kalah pada nafsu (setan).  

Musyawarah adalah perdebatan dua pihak yang sebenarnya berkongsi matlamat yang sama juga - mencari kebenaran, jawapan, penyelesaian yang terbaik. Selalunya berakhir dengan kedua-dua pihak beroleh kemenangan dunia dan akhirat.

Silalah buat pilihan.


PILIHAN KITA ADALAH CERMINAN DIRI

$
0
0
Nak jadi hero segera yang populuar dan sibuk buat bising serta kecoh, sangat senang.

Nak bergelumang menyelesaikan masalah secara istiqamah dan diam-diam, susah.

Meraikan kedangkalan,ramai.
Meraikan kearifan, sedikit.

Silalah pilih.

LIDAH HANGIT LUDAH LANGIT

$
0
0
PENSYARAH SENI DI SEBUAH IPT: "Teruklah work budak-budak yang masuk BMS tahun ni"
SAYA : "Kalau begitu, para pensyarah yang mengajor mereka lagi teruk la kot."
PENSYARAH SENI DI SEBUAH IPT : "Ludah langit aku ni" (Dalam hati)

BALADA MANGKAT DIJULANG

$
0
0
Dengan iringan doa ikhlas 
buat puteri dan putera dikasihi
dari patik yang dah jenuh bergelut untuk mengalir
agar dihindarkan Allah
dari mangkat dijulang.

Biar itu menjadi tinggalah sejARAH
pengajaran untuk yg kalah
pada amarah
nafsu serakah

Kita jadi rasmi padi

DIAM
berisi

TUNDUK (jasad, minda dan nafsu diri)
tinggi (makam rohani)


BERKEBUN BUNYI DENGAN KAWAN-KAWAN DI BSVN

$
0
0
Jika saya ke KL dan tak dapat dikesan, cari saya di sini, di satu lokasi rahsia dalam simpang-siur birokrasi, sesekali birokaratsi dan biro-tak-kasi Balai Seni Visual Negara. 





BERKAT MUDA SEZAMAN2013. (BLESSED CONTEMPORARIES 2013)

$
0
0
Dengan ucapan terima kasih kepada BSVN, juga para teman hakim/juri Bakat Muda Sezaman (BMS) 2013, rakan-rakan dari pasukan kuratorial, dan yang paling utama, para pengkarya yang menyertai BMS2013, baik yang terpilih atau tidak. Salam hormat atas segala yang getaran yang dikongsi.

With thank you to NVAG, all the fellow judges/juries for the Young Contemporaries (YC) 2013, friends from the curatorial team, and most importantly, all the young artists who took part in YC2013, selected or not. My gratitude for sharing all the vibes.


Tahniah pada para penerima anugerah yang akan diumumkan dalam majlis yang akan ditentukan tarikhnya oleh pihak BSVN. Laporan saya boleh dibaca dalam katalog BMS2013 yang mungkin akan dilancarkan semasa majlis penyampaian hadiah nanti.
(Congrats to all the all award receivers who will be announced in an event which dates will be determined by the NVAG. My report can be read in the YC2013 catalogue that I think will also be launched during the prize giving ceremony)

WA CAYA LU MR.KWA!

$
0
0
"Wa caya lu Mr Kwa!" This dude was so humble, he even offered me his few ringgits from his collected money, for playing with him. "No need Mr. Kwa, I was the one who should be paying you."

With Nina & Mr. Kwa, street busking at Armenian Street, Penang, December, 2013

Mr.Kwa, playing Malay oldies such as "Buang Yang Keruh" and "Bujang Lapuk"
Mr.Kwa, seasoned street busker, speaks fluent Malay.
Gardener
Thank you Mr. Kwa, of all the people, for making me (and my family) felt welcomed at this fancy night market thing called Armenian Got Talent. Too bad we wont be able to groove with u again, but perhaps at some other places.

ARMENIAN GOT WHAT?

$
0
0
Lingering thoughts and feeling about how music cuts across boundaries, despite all the artificial boundaries some of us would customarily want to create out of unfounded fear and prejudices.





MERENANGI 'HANYUT'

$
0
0
Salam kasih tidak terhingga pada semua yang datang bersesak di Kebun Rupa untuk 'Hanyut'. Salam kasih kepada U-Wei Shaari yang sanggup singgah walaupun sibuk. Saya amat menghargai budi tuan yang sanggup menayangkan "Hanyut" dalam keadaan serba daif di Kebun Rupa, atas permintaan seorang sahabat, tanpa sebarang kutipan tiket mahupun elaun bersyarah. 

Salam kasih pada krew teknikal yg ikhlas tolong set-up walaupun saya dah takda pangkat. Maaf kerana saya perlu memulakan tayangan tepat jam 8 atas alasan filem adalah seni yang amat menghormati masa. Maaf kepada yang terlewat terpaksa pulang hampa kerana dah tak cukup ruang. Maaf pada yang terpaksa mengintai dari jeriji. Maaf juga pada yang terpaksa duduk di luar dihanyutkan oleh seloka U-Wei dan saya. Akhir sekali maaf pada yang tak tau kerana ini hanya majlis kecil yang sebenarnya tak dijangka pun. Semuanya rezeki yg Allah bagi, kita terima mana yang baik, buang mana yang keruh. Mohon doakan Kebun Rupa akan disinggahi ramai lagi insan yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman berharga, untuk mereka yang benar-benar 'dahaga', bukan hanya pandai 'memakai kelakuan/berkelakuan' persis seorang seniman atau pelajar seni je.

Filem "Hanyut" adalah filem yang pandai, dan tidak membodohkan audien. Ia diadaptasi dari sebuah novel kolonial yang ditulis oleh J.Conrad, namun diberi interpretasi sendiri oleh U-Wei. Sebelum buat filem ini, U-Wei dah bersilat terlebih dahulu dengan Conrad, termasuk berjumpa dengan sang profesor yang dianggap 'pakar' tentang Conrad. Bagi broker teori yang suka mengerut dahi (dan adakalanya mengarut), naskah filem ini boleh dibaca sebagai satu teks pasca-kolonial versi U-Wei. 

Pembacaan-semula ni bukan benda baru untuk U-Wei yang rajin membaca. Beliau pernah melakukan 'pembacaan-semula' dalam naskah teaternya "Wangi Jadi Saksi" namun ia bukan berdasarkan teks kolonial. Sebelum itu, beliau pernah juga mengarah satu lagi naskah teater dari teks sedia ada, kalau tak silap diadaptasi oleh Amir Muhammad, tapi saya dah lupa tajuknya. Saya pun bukanlah orang teater totok, cuma jenguk dari tingkap je, mungkin tak perlu percaya cakap saya ni. 

Ringkasnya, kerja bersilat dengan teks dari sumber lain memang dah jadi sebahagian dari strategi pengkaryaan U-Wei. Mungkin sebab tu dia juga suka menyampuk dan disampuk sumber tekstual lain dalam bentuk karya-karya seni rupa kontemporari tempatan, termasuk dari orang yang menulis ni. Ringkasnya, U-Wei ni jenis yang suka membaca, mentafsir dan menggambarkan (menceritakan) pelbagai tafsiran. Kesemuanya untuk dibaca dan ditafsir sendiri oleh audiennya. Bagi mereka yang panjang dan tajam akal (tiada kaitan dengan gender ok!) dan halus budi, memang sedap dan lazat layan hasil karyanya. Bagi mereka yang tumpul dan mati rasa, karyanya susah nak hadam.

"Hanyut" menghormati audiennya. U-Wei buat filem Melayu untuk penonton yang dihormatinya, bukan untuk penonton yang mahu dibeli olehnya dengan 'gula-gula'. Umpan gula-gula dan guna-guna senang diberi, tapi hanya memandulkan fikir dan mematikan rasa. Ia bukanlah sesuatu yang patut diberi pada penonton kita hari ini. Pengkarya yang ada sifat ikhsan sesama insan takkan menggula-gulakan audiennya.

"Hanyut" dipacu oleh pertembungan beberapa arus yang dalam, persis arus di bawah permukaan sungai keruh yang nampak tenang. Pertembungan arus yang menghanyutkan ini dapat dikesan pada beberapa watak peneraju filem ini. Yang kelihatan dominan di permukaan adalah yang 'jantan'. Yang jantan memang sibuk. Namun, seperti dalam kebanyakan filem U-Wei, arus yang lebih mendasar dan tegar hadir dari watak-watak wanitanya. 

Setiap seorang dihanyutkan oleh arus masing-masing, namun yang lebih bijak merenangi arus adalah wanita (pada saya la), seperti yang ditonjolkan pada babak pembukaan. Di situ sudah dibayangkan siapa yang lebih handal melawan arus, dan siapa yang akan hanyut dibawa arus keangkuhan sendiri. Tapi kalau sekadar nak stim nengok Sophia Jane berkemban dalam sungai (imbasan Perempuan, isteri,....), silakanlah.

Subteks "Hanyut" berlapis-lapis, persis arus di bawah permukaan sungai, perlu direnang dengan rapi, kalau tak, kita pun hanyut juga, sebagai audien. Tak mustahil jika ada audien yang hanyut sampai keluar air liur basi! 

Sungai dalam filem ini juga adalah watak utama, bukan hanya sekadar gula-gula sinematografi (yang tak dinafikan, hebat). Interteksnya timbul dari pertembungan beberapa watak dan adegan di sungai. Begitu juga dengan beberapa set, terutama rumah 'orang putih' (Almayer) di tebing sungai. Sungai adalah penanda arus untuk intrig politik, ekonomi, kuasa dan gender dalam filem ini.  

Sinematografinya bercerita, terutama menerusi 'pembingkaian' (framing) DOP (Director of Photography) yang diimpot dari Poland. Rekabentuk produksinya pun teliti, hasil kajian visual yang tekun oleh pereka produksi yang diimpot dari Australia. Sorryla, saya susah nak ingat nama-nama orang putih ni. Seperti dalam filem-filem U-Wei terdahulu, rekabentuk produksinya membina watak dan cerita, dan dijamin takda baju, atau aksesori mahupun langsir (dan rambut palsu) yang kelihatan baru dibeli dari supermarket Kamdar atau Mydin.

Intrig politik dan ekonomi dihadirkan dari permainan kuasa antara Almayer dengan pihak kolonial dan pemimpin politik tempatan, termasuk golongan pedagang luar. Masing-masing ada agenda tersirat, disebalik sopan-santun diplomasi tersurat. Pada permukaan luar, intrig ini ditonjolkan, dipacu oleh 'business as usual' - perniagaan. Ini dunia jantan (maskulin), siapa punya (ego dan nafsu) paling panjang dan besar, dia berkuasa. Yang nak ditakluk adalah 'gunung emas' masing-masing (harta dari bumi bertuah) yang entah ada entah takda. Masing-masing cuba memakai ilmu penunduk untuk menunduk (menakluk) yang lain. Pemacunya adalah tamak infinit. Biasalah, jiwa jantan....Appolonian.

Namun arus yang lebih mendasar (dan mengocak) hadir dari dua wanita utama dalam kehidupan Almayer, isteri Melayu dan anak kacukannya.  Arusnya feminin, lebih subjektif dgn semangat Dynosius yang susah dijangka, tak seperti formula ekonomi zaman kolonial. Kocaknya mengingatkan saya pada "Kocak di Fukuoka", buku saya yang tak laku dan masih lagi berbaki di Kebun Rupa walaupun dah bagi free pada ramai kawan-kawan (Maaf saya 'enter frame' buat promo buku sendiri). Bagi yang malas minda tapi celik mata zahir je, kedua-dua watak wanita utama dalam "Hanyut" ini mungkin hanya dibaca sebagai 'penyeri filem' untuk cuci mata saja. Namun, mereka sebenarnya adalah arus hanyut. Kalau nak cerita panjang lebar, nanti takda yang pergi menonton di pawagam pulak. Cukuplah saya mengarut sampai sini je. Saya pun bukan pakar filem. 

Beberapa soalan terungkai semasa sesi soal jawab bersama pengarah yang hanyut ke Kebun Rupa, U-Wei Shaari. Antaranya termasuklah tarikh penayangannya pada awal tahun depan. Juga beberapa pandangan jernih dari audien tentang beberapa watak utama dalam "Hanyut" yang menjadi tiang kepada arus dalaman kepada filem ini. Terima kasih pada yang memberi pandangan dan bertanya soalan. 

"Barat tidak menyelamatkan kita, dia memecahkan kita"
Dieter (Kurator dan Pengarah Festival Filem/Video Eksperimental) dari Peranchis, bertanya soalan. "What do you mean by saying that the West did not safe the Malays?"
"Saya buat filem Melayu"
"Buat filem bukan macam pergi tandas Dik", sesi kuliah impromptu selepas tayangan untuk yang degil.
"How much is the cost? Not enough"

DIAM DI FUKUOKA - 2013 (SILENCE IN FUKUOKA - 2013)

$
0
0
"Aku hidup di bibir alasan (pertimbangan),mahukan jawapan, mengetuk pintu; hanya untuk menyedari bahawa aku selama ini mengetuk dari dalam" - Rumi. dengan Al-Fatihah untuk guru ku, Ismail Zain. ("I have lived on the lip of reason, wanting answer, knocking on a door; I have been knocking from inside" - Rumi, Al-Fatihah for my guru, Ismail Zain)
 Tenangkan kocak, dapat lihat bayangan yang sebenar. (Calm that ripples, to see one's true reflection)
 Jalan yang lurus (Straight path)
 Jalan yang menemukan kepada 'yang baik/benar' dan 'yang indah' (The path that leads one to 'the truth' and 'the beautiful'.)
 Jasad hanyalah bayang, (Body is merely a shadow)
 Bayang bergantung pada adanya Cahaya (Shadow depends on the presence of Light).
 Duhai bayang seorang "Hasnul', tiang kamu kuat ke? Atap kamu meneduh ke? (Hey a shadow of a 'Hasnul', is young pillar strong? Does your roof shade)
 Lindungi pintu hati kamu. (Protect the door of your heart)
 Kawal dan pelihara anugerah harta yang terhebat milik kamu - minda, hati dan jiwa. (Guard and take care of your greatest gifts - mind, heart and soul)
 Ketuk dari dalam (Knock from inside)
 Menari ikut irama dan rentak Alam. (Dance with the rhythm and beat of the Universe)
 Imbang 5 elemen, naik dan turun 7 tingkatan. (Balance the 5 elements, ascend and descend 7 stages)
 Lihat dengan mata hati. (Look with the eyes of your heart)
 Lihat menembusi mimpi benda/bentuk. Lihat getaran jiwa. (Look beyond form, Look at the vibration of the soul)
 Jadilah saksi diam pada bayangan jasad dan getaran fikir serta rasa yang sering memenjara diri.(Become the silent witness to one's own body and vibrations of the mind and feeling, that tend to imprison the self.)

Mendatar/melata, menyondong/mencapah dan menegak/menggapai - semua dalam sinergi dan imbangan yang indah. (To flatten, to diversiy, to ascend and reach up - all in a beautiful synergy.)

 Diam, dengan itu kamu mendengar(Be still and silent, for that will allow you to hear)

Yang dicari itu dekat, tapi ditabir (What you seek is actually close, but veiled)


Tasbih alami (Invocation of nature)
 Tarian bayang (The dance of the shadow)
 Buka hati kamu bila berada di tempat dan waktu yang sesuai (Open your heart when the place and time is right)
 Bias Cahaya membasuh keruh (Light rays clearing the murkiness)
Graviti dan levitasi (Gravitation and levitation)
 Memancar dari dalam (Glow from within)
 Tarian liuk dan lengkok Alam (Karensansui, the flow and bend of nature)
 Lepas tunduk ke bumi, mendongaklah ke langit (After looking down to earth, look up)


 Puncak (Peak)
Semua yang hidup dan bersemangat, mendaki ke puncak (All that are alive, ascend to the peak)
 Selepas puncak, adalah kekosongan dan kebebasan mutlak dari penjara mimpi benda (After the peak, is 'ku' or 'nothingness', and total freedom from the prison of the dream of form)
 Diilhamkan dari singgah ke sini (Inspired by a visit to this place)

BLUES TELUK INTAN (BAHAGIAN 2)

$
0
0
Baru-baru ini saya pulang seketika ke Teluk Intan, tanah tumpah darah saya. Rumah di Taman Sri Setia, Teluk Intan kini kosong, menakung memori yang semakin haus. Bersama dengan isteri dan tiga puteri saya, kami bercuti lima hari dengan Ayahanda dan Bonda, yang kini terpaksa menetap bersama dengan kakak saya Jamilah dan Abang Ipar Ibrahim di Nilai , Negeri Sembilan. 

Saya sempat juga melintas depan 318, Rumah Murah Jalan Padang Tembak, penginapan awal keluarga besar saya dan 'setting' zaman kanak-kanak saya dulu. Rumahnya sangat kecil, cuma ada dua bilik. Dalamnya dihuni sembilan orang adik-beradik. Ketika itu Bonda berniaga di Bangunan MARA dan Ayahanda mengajar di SRK Horley Methodist. Kenderaan rasmi keluarga adalah kapcai Boon Siew 50cc Bapak, dan bas awam. Selepas itu, Bapak beli kereta Peagout yang hanya boleh muat lima orang. Jadi boleh dibayangkan segala macam jenis drama yang berlaku dalam rumah ini. 

Apabila saya melintasinya, mata saya merakam masa kini, manakala minda saya merenung dan menjejak masa silam (lihat dua foto komposit masa kini dan silam di bawah). Walaupun macam mana 'rock' pun jiwa saya, kenalah juga mengaku, ada rasa campuran manis dan sayu dalam hati ini. 

Senyumlah pada kehidupan.

Saya (kiri) dengan abang saya Zaharul, dengan baju Hari Raya, yang dijahit sendiri oleh Bonda.
Saya (mencangkung, kiri) dengan geng zaman kanak-kanak - (dari kiri) Din, Amir, Usop (memegang Nizam adiknya), abang yg saya dah lupa namanya, Tam dan seorang lari Amir.
Saya(kiri sekali), Zaharuddin, Ayahanda Saidon, Zainal Abidin dan Zaharul.

BRADERS UNTIL 'WHEN-WHEN'

$
0
0
Zainal Abidin, Zaharuddin, Zaharul Lailiddin dan Zoro (Hasnul Jamal)
(awal 1970an)
Zainal Abidin, Zaharuddin, Ayahanda Saidon, Zaharul Lailiddin dan Zoro (Hasnul Jamal)
(1980)
Zaharul Lailiddin, Zainal Abidin, Zaharuddin dan Zoro (Hasnul Jamal)
(2013)

BAPAK

$
0
0
Hutang saya pada Bapak (Ayahanda) tidak dapat saya balas sampai bila-bila.

Produksi video pendek "Bapak" kini sedang dalam proses penggambaran. Mohon didoakan segalanya berjalan lancar, agar saya dan semua yg terlibat sentiasa dalam Perlindungan Allah, dipermudah, diberi Petunjuk serta ilham yg baik-baik untuk mengusaha dan menyiapkannya. Doakan juga agar Bapak sihat, secara fizikal, mental mahupun emosi, jasad dan jiwa.


PETIKAN DARI "BAPAK"

$
0
0
Menyeberang, merentas, hijrah....Bapak bersama Bonda, berdua, ketika suka dan duka, ketika pasang dan surut, ketika manis dan pahit



PETIKAN DARi "BAPAK" (3)

$
0
0
Hidup adalah satu perjalanan. Senyumlah kepadanya.


PETIKAN DARI "BAPAK" (2)

$
0
0
Al-Hilal dan As-Sham saya.
Delly dan Zariff, sebagai Jamaliah Noordin dan Saidon Pandak Noh.
Pendidik dan peniaga, memanjangkan wasiat Rasulullah S.A.W

PETIKAN DARI "BAPAK" (4)

$
0
0
Yang melindung dan yang memandu saya, dalam hujan dan dalam panas.

PETIKAN DARI "BAPAK" (5)

$
0
0
Ayahanda Saidon, ketika berkhidmat sebagai ustaz di SRK Horley Methodist, Teluk Intan, Perak, sekitar 1970an. Gambar-gambar di bawah, Zarif Zaharul sebagai "Bapak" ketika penggambaran di sekolah yang sama, Januari 2014.
"Pilihlah untuk menjadi pensyarah, Hasnul."

BALIK TABIR "HERO" (THE MAKING OF "HERO")

$
0
0



KEBUN RUPA 
mempersembahkan / Presents



HERO
(Bapak)



Memperkenalkan / Introducing

ZARIF ZAHARUL

DELLY ADEELA

AININA



Penampilan istimewa / Special appearance

Ayahanda SAIDON & Bonda JAMALIAH



Skrip, lakonlayar dan arahan / Script, screenplay & direction

ANDERSON EE & HASNUL J SAIDON



Berdasarkan blog oleh / Based on a blog by

HASNUL J SAIDON



Penyunting / Editors

ANDERSON EE & HAFIZ RASLIN



Pengarah Fotografi / Director of Photography

MIOR KHAIRUL REZUAN



Pembantu Produksi / Production Assistant

ROZANA MOHAMED



Penghargaan / Acknowledgement

KELUARGA SAIDON PANDAK NOH & JAMALIAH NOORDIN
DIN JEPUN

GURU BESAR SK HORLEY METHODIST TELUK INTAN, PERAK




Tautan / Links
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/01/bapak.html
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/01/petikan-dari-bapak.html
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/01/petikan-dari-bapak-2.html
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/01/petikan-dari-bapak-3.html
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/01/petikan-dari-bapak-4y.html
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/01/petikan-dari-bapak-5.html
Viewing all 2164 articles
Browse latest View live